Author: Ahmad
•12:16 AM

“ Cikgu, eksperimen ni macam tak jadi je.. Camne nak buat ‘hypothesis’nya kalau eksperimen tak jadi? “

“ Hmm… Mesti ada masalah, ada yang tak kena nih… “

“ Tak tahulah apa masalahnya. Dah buat ikut ‘step’nya dah..”

“ Takpelah, kamu buatlah ‘accepted’ ataupun ‘ not accepted ‘ “

*****************

Kalau macam itu, rugilah dia yang buat eksperimen itu. Tak dapat tengok hasilnya. Dah ikut ‘step’ pun tak jadi… Apa masalahnya??

Bayangkan, eksperimen tu hidup kita dan kita pun menjalaninya sekarang samada ‘sedar’ ataupun ‘tidak sedar’. Dalam hidup mesti ada ujian yang menimpa tak kisahlah orang itu sehebat mana, sekuat mana, sepandai mana namun mesti dia laluinya juga. Semakin lama hidup, maka ujian pun akan semakin banyak menghadang. Adakah ujian itu akan meningkatkan kita?(hypothesis). Samada ia memberi kesan atau tidak(accepted or not accepted). Fikir kembali dan cuba kaitkan dengan eksperimen. (mungkin kaitannya sedikit, tapi kita cuba ambil ‘ibrohnya sebaik mungkin)

Ada orang ujian dia lain, ada orang ujian dia senang sahaja, ada orang juga ujian dia bagai gunung menghimpap badan tak terpikul. Itulah hidup kita. Andaikata ujian tidak muncul dalam hidup kita, maka ‘mati’lah kita. Mana mungkin layang-layang dapat terbang jika tiada angin? Layang-layang akan terbang melawan arah angin. Semakin kuat angin, semakin tinggi layang-layang. Setakat mana sahaja umat kini ditimpa ujian? Belum lagi kena siksa bila nak mengamalkan Islam, belum lagi dijemur tengah panas di tengah-tengah gurun kering-kontang dan macam-macam lagi ujian umat terdahulu.

Kalau generasi awal Islam di Malaysia ini, nak pergi haji kena naik kapal tetapi bila sampai setengah jalan, portugis bakar kapal mereka.. Bukan mudah mahu membuat baik… Amat berbeza dengan kita di zaman ini. Anda kenal Christian Snouck Hurgronje? Iaitu orang Belanda yang masuk Islam untuk menghancurkan Islam sendiri(munafik). Dia di zaman penjajahan Belanda ke atas Aceh dahulu. Kata-katanya yang terkenal ialah “ Jangan letak ‘harga tinggi’ pada mereka(orang yang dijajah) “. Maksudnya, jangan dihalang orang yang mahu buat baik kerana jika dihalang, maka akan semakin kuat mereka melakukannya(bersungguh-sungguh). Jangan letakkan amalan baik itu pada ‘harga yang tinggi’. Jangan susahkan mereka untuk buat baik. Berikan kemudahan pada mereka…

Kini, kita tak diuji pun macam orang terdahulu. Senang sahaja mahu buat baik, namun kita lihatlah hasilnya bila hidup semakin senang. Ramai yang malas-malas nak pergi solat padahal surau masjid hanya beberapa minit sahaja dari rumah dan banyak lagi contoh lain. Kalau kat Malaysia ini dihalang untuk buat solat, maka mat-mat rempit tu pun turun solat berjemaah kat padang sekalipun. Kalau dahulu, jemaah haji amat digeruni jika mereka pulang ke Malaysia kerana membawa apa yang mereka dapat disana(cthnya ilmu). Namun harini, jemaah haji tidak dipandang masyarakat pun. Bagaimana jemaah haji sekarang? Mungkin ada yang berubah tapi masih ada lagi yang mahu jadi seperti sediakala(jahil). Hipokrit mungkin difikirkannya?? Muallimah dulu ada pernah cakap kalau hipokrit nak buat baik tak mengapa asalkan dia selepas itu betul-betul nak buat baik. Ada juga yang sebelum haji tak pakai tudung, balik haji pun sama sahaja tak pakai tudung. Adakah berhadapan dengan Baitullah di sana tidak memberi kesan pada hati kecil ini?? Ini semua adalah pendapat Christian Snouck Hurgronje.. Dia sudah mengkaji kelemahan kita sedangkan kita di sini masih buat tak tahu..

Kita lihat sahaja nilai ujian itu pada suatu amalan. Semakin kuat ujian menghadang, semakin tinggi nilai sesuatu perkara itu…

Semakin kuat ujian membadai semakin tinggi nilai diri..

Seperti Rasulullah dan para sahabat ...

(timbulkanlah segala hypotesis yang ada selagi anda faham entry ini)



Author: Ahmad
•7:34 PM
Assalamualaikum w.r.t... Ramadhan semakin lama semakin berlalu hari demi hari. Setiap hari berganti hari yang sama sahaja ganjarannya dan tak kurang sedikit pun. Semalam, hari ini dan esok semuanya sama tapi yang bezanya ialah diri kita. Adakah semakin baik, constant, ataupun semakin buruk mungkin? Semoga kita semua dapat menggarap segala ganjaran yang ditawarkan Allah pada kita bak promosi 'pahala' pada bulan Ramadhan ini..

Beberapa hari yang lepas, penulis solat tarawih di Masjid Negeri di Shah Alam. Berbagai ragam manusia yang solat di situ. Ada yang penulis lihat, solat bersama tapi rambutnya berwarna perang(dye). Penulis terfikir sejenak. 'Adakah air wuduk yang diambil mamat tu kena rambutnya? ataupun diserap rambut/kulit kepala(apa2lah)? 'Sedangkan yang penulis belajar di sekolah, rambut yang berminyak tak boleh serap air manakan wuduknya sah? (mahu tengok,datanglah sendiri ke masjid negeri)..

Ada juga yang duduk-duduk dan tidak bangun untuk solat sunat rawatib selepas Isya'. Penulis sekali lagi terfikir ' Ramadhan pun tak nak bangun solat?' 'solat sunat pahalanya seperti solat wajib pun masih tidak terkesan?'.. Usahkan dikata selepas Ramadhan berubah sedangkan semasa Ramadhan pun gaya 'macam' malas2 nak buat amal. Kalau benarlah seseorang tu nak berubah, maka dia akan berusaha sungguh2 nak buat amal. Jangan risau, sesiapa yang nak buat baik, Allah akan tolong. Allah sangat2 nak kita minta ampun pada-Nya dan beramal pada-Nya. Sampaikan promosi ni sangat2 menguntungkan kita. Masalahnya, adakah kita mahu buat atau tidak. Timbul persoalan, mengapa Ramadhan tidak berkesan? Sendiri boleh fikir...

Sungguh! Umat ini sangat rapuh! Bila-bila masa sahaja akan hancur dek kehujanan dunia..

"Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda"
(Hasan Al-Banna)

" sejenak memikirkan umat "
" mengambil iktibar dan terus bertindak "

" mahu menunggu apa lagi?? "

Author: Ahmad
•9:46 AM

Alhamdulillah, kini diri ini benar-benar berada di dalam bulan RAMADHAN. Tak semua merasainya bahkan yang bertemu pun masih belum bersedia menerimanya..

Setiap orang melalui Ramadhan mereka tersendiri. Samada memanfaatkannya atau tidak. Teringat pula satu kata2 dari ibn Rajab(mafhum):

" Celakalah bagi sesiapa yang tidak mendapat keampunan di dalam bulan Ramadhan "

Ramadhan itu terpulang kepada sesiapa yang melaluinya. Menjadi keampunan, rahmat, celaka dan sebagainya..
Inilah masa untuk kita berubah!
(bagi sesiapa yang mendambakan perubahan yang sekian lama tidak hadir dalam dirinya)
(yang sudah berubah pun, apa salahnya berubah lebih baik daripada sebelum ini)

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum2 ini!

' bukan senang mahu bertemu Ramadhan '
Author: Ahmad
•5:35 PM

Mereka yang terlibat secara langsung dalam pembunuhan Imam Al-Syaheed Hassan al-Banna yang masih tinggal satu-satunya telah mengaku membunuh Hassan Al-Banna. Beliau mengaku bahawa Raja Mesir pada ketika itulah yang mengarahkan pembunuhan itu. Sehingga kita, proses siasatan tidak di jalankan sejak tahun 1949. Alhamdulillah beliau; Abdul Hamid Muhammad telah bertaubat. Moga Allah ampunkan beliau…
Sila ke web (temuramah dalam bahasa Arab) :


diambil dari blog ust Qamarus Salam
Author: Ahmad
•4:20 PM
Alhamdulillah kita masih lagi dihidupkan buat ketika ini dan masih lagi berpeluang menatap risalah-risalah yang mampu mentajdidkan iman kita.. Semuanya kerana ‘kerja’ ini…

Sebenarnya apa yang penulis rasa sendiri, ialah ‘kerja’ ini bukanlah hanya kewajipan semata-mata. Melihat dunia kini, ramai yang sedang bekerja dengan ‘kerja’ ini walaupun dirintangi onak dan duri yang bukan semua mampu ditempuhinya. Namun ‘kerja’ ini telah menyedarkan penulis bahawa inilah tanda penulis bersyukur dengan Allah. Andaikata penulis tidak buat ‘kerja’ ini, maka tandanya penulis tidak bersyukur kepada-Nya. Betulkah itu?? Lihat sendirilah pada ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita untuk melakukan ‘kerja’ itu. Bila kita tidak melakukan apa yang Al-Quran suruh(Allah yang suruh), maka itulah tanda-tanda kita tidak bersyukur…

“ Katakanlah(Muhammad), “ Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” -Yusuf:108-

Nah, tidak mahu tidak kita mesti lakukan ‘kerja’ ini walaupun susah macamana pun, ilmu sedikit dan banyak lagi kekurangan-kekurangan. Teringat penulis akan satu kata-kata,
“ Itulah hati-hati yang tulus, yang tidak pernah memikirkan posisinya di jalan da’wah, di belakang atau di depan, selagi masih tetap berada di jalan itu, mereka tetap menyeru kepada Allah.”

Tidak kiralah sedikit mana pun sumbangan kita terhadap ‘kerja’ hatta sekecil biji sawi pun, asalkan ikhlas maka kita tetap berada di atas jalan-Nya. Walaupun ada yang merasakan dirinya terkebelakang, namun dirinya masih lagi di atas jalan yang lurus yang tidak mengira setinggi mana taraf manusia itu sekalipun tetapi yang paling penting ialah amal dan sumbangannya..

Namun, ramai juga mempersoalkan sama ada layak atau tidak layak dia melakukan ‘kerja’ ini.‘Kerja’ ini sebenarnya bukan mempersoalkan layak atau tidak layak seperti yang dikatakan oleh seorang ustaz, tetapi ia mempersoalkan adakah kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh kita melakukan ‘kerja’ ini? Kerana banyak ayat-ayat Allah yang mengatakan andaikata kita meninggalkan ‘kerja’ ini, binasalah kita. Jika kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh melakukan ‘kerja’ ini, maka wajiblah kita mencampakkan diri kita dalam ‘kerja’ ini. Masalah layak atau tidak layak itu sebenarnya mungkin ditimbulkan oleh individu yang mungkin masih ragu-ragu. Jika kita mungkin banyak kekurangan, maka tampunglah ia dengan sedaya mungkin. Allah tidak zalim. Sesiapa yang bersungguh untuk melakukan ‘kerja’ ini, maka Allah akan menolongnya. Jika ‘kerja’ ini berat dan tidak mampu ditampung oleh manusia, tidak mungkin Allah turunkan amanah ini pada manusia.. Yakinlah bahawa ‘kerja’ ini mampu ditampung oleh kita!!


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…..” -Al-Baqarah:286-

Inilah cara kita mengadaptasi syukur dalam kehidupan kita. Dengan apa?? Dengan ‘kerja’ ini.. Yakinlah bahawa sesiapa yang melakukan ‘kerja’ ini, maka tersangat beruntunglah dia kerana telah meletakkan dirinya dalam kerja-kerja umat terdahulu. Umat-umat terdahulu pun lakukan ‘kerja’ ini sehingga hari ini kita melihat kesan-kesannya. Apa kesannya?? Lihatlah pada diri anda sendiri.. Apa-apa kebaikan yang ada pada anda sendiri pun adalah hasil daripada mereka yang terdahulu.. Diri kita ini terbina bukanlah dengan usaha kita semata-mata, tetapi usaha ramai orang iaitu orang-orang terdahulu walaupun ada yang kita tidak mengenalinya namun itulah usaha mereka agar lahir pewaris-pewaris dakwah. Itulah kesannya yang ada pada diri kita.. Senang cerita, kesannya ialah kebaikan-kebaikan yang diamalkan sehingga hari ini oleh umat-umat ini..

Adaptasikan syukur anda!!

*
‘kerja’- da’wah

Author: Ahmad
•4:44 PM



Janji Allah pada umat akhir zaman ini ialah ilmu akan diangkat dari umat Islam dengan matinya ramai ulama'-ulama'.. Semalam, Ust Fathi Yakan seorang ulama' yang banyak menyuluh jalan kepada para daie di zaman kini ini telah meninggal dunia.. Al-fatihah..
Nak tahu lebih lanjut, klik sini, situ dan sana...

Moga Allah meramaikan lagi pewaris-pewaris da'wah di dunia ini...

Author: Ahmad
•8:46 AM


Seminggu yang lepas penulis banyak merantau keluar rumah mengenali 'dunia luar' yang sering dikatakan veteran-veteran terdahulu semasa penulis masih kebudak-budakan lagi..Oh, begitu rupanya. Adelah sikit-sikit belajar dari 'dunia luar' tu. Tapi ada satu perkara yang dapat digarap dari seminggu cuti lepas. Baru-baru ni penulis ada mengikuti rombongan ke Kelantan(kampung penulis) bersama keluarga besar belah mak. Memang banyak cabaran yang dilalui. Bas yang di'cop' entah ke mana menghilang, petempatan kami di rumah banglo yang disewa di sana tiba-tiba sahaja bertukar ke tempat lain, dan banyak lagi cabaran-cabaran. Sebenarnya perancangan Allah lah yang paling terbaik walaupun kita dah merancang sebaiknya tidak kiralah merancang sesuatu yang baik ataupun yang jahat. Disebalik ujian itu, ada rancangan dan hikmah yang Allah letakkan. Cuba sedari hidup anda..


Dalam perjalanan itu, banyak karakter yang penulis kenal. Ada yang pandai mengarah, mengurus, sanggup menyumbang wang dalam senyap-senyap, sentiasa memberi sokongan dan sebagainya ragam manusia ini. Andai mereka yang tiada sumbangan langsung dalam perjalanan ini(mungkin,tapi semua ada sumbangannya) mengata-
ngata akan mereka yang bersungguh-sungguh, nescaya mereka yang bersungguh-sungguh tetap akan konsisten dengan amal mereka. Tetapi, dalam senyap-senyap semua orang merasa kebaikan orang itu(mereka yang bersungguh).. Rasa bahagia mungkin? Apa-apalah.. Boleh faham keadaan ini??(kalau tak faham, cuba juga untuk faham).

Sama juga keadaannya dengan Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. Islam rahmatan lil 'alamin. Satu alam mendapat rahmat walaupun yang Islam tidaklah seramai satu alam(satu dunia pun tidak). Kehadiran Rasulullah
sebenarnya satu rahmat untuk alam ini walaupun quraisy, yahudi tidak mahu bersama dengan Rasulullah.. Adakah
sama dengan keadaan sekarang?? Sama sahaja.. Pendakwah= rahmat.Setuju? Betulkah ini?? Lihat saja dunia
sekarang. Golongan elite ini tetap akan berjalan walaupun ramai yang mahu memperkotakkatikkan mereka. Dunia tetap mendapat rahmat(kalau boleh khususkan lagi tempat) dengan kehadiran mereka. Andai golongan ini Allah mengizinkan tidak berjalan, maka kita akan lihat dunia ini tidak tenteram dan sesiapa pun tidak dapat
merasa kebenaran yang sebenarnya... Walaupun seseorang itu cerdik bagaimanapun, tetap akan ada di sudut hatinya rasa gelisah andai golongan ini tidak ada di
sekeliling mereka... Mereka(bkn golongan elite) sebenarnya amat terasa akan kehilangan golongan ini walaupun ketika golongan elite ini ada bersama mereka, mereka tidak merasa langsung kehadiran golongan ini.. Tidak hairanlah sehingga kini, dimana-mana pun ramai yang tidak merasa nikmat golongan ini ada bersama
mereka. Yang mana setiap hari golongan ini 'hidup' bersama mereka tanpa disedari, tidak penat mencurah tenaga dan wang untuk kesenangan mereka, dan sebagainya(anda sendiri boleh fikir). Dua-dua pihak untung. Sudah jelas pelangi itu, mahu dikatakan apalagi? Jangan didebatkan lagi mengapa pelangi itu muncul, lihatlah dengan merasa kebesaran-Nya...

Boleh faham entry ini??
Jangan biar otak kamu manja...
Related Posts with Thumbnails