•7:53 AM
Assalamualaikum w.r.t.
Kif hal?
Sama-sama kita syukuri nikmat sihat. Penulis pun baru-baru ini kurang sihat. Hilang nikmat solat berdiri akibat main bola. Alhamdulillah Allah ingatkan penulis dengan kafarah dosa ini.
Amacam cakna kita pada dunia Islam? Di mana-mana pun, di surau, pejabat, rumah, shopping kompleks, tandas, padang, kedai makan, masjid, semuanya tengah panas isu protes di Mesir. Semestinya ramai yang menyokong rakyat Mesir lantaran penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun lamanya. Ahli buruh Terusan Suez pun tidak mendapat manfaat dari laluan terpenting di dunia itu yang mengutip cukai berbilion dalam setahun. Yang miskin semakin miskin, yang kaya dan golongan kerajaan makin kaya membolot harta melimpah ruah dari hak rakyat.
Rentetan peristiwa serangan ke atas Gaza pada tahun 2008, mencelikkan mata dunia dengan penutupan tembok Rafah sebagai sempadan Palestin-Mesir. Rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim menutup sempadan Rafah. Ahli keluarga berpisah, bekalan ubatan tersekat, makanan tidak mencukupi dan segalanya. Siapa yang mahu tanggung semua itu? Jika kambing di bukit pun khalifah Umar bimbang akan hilang, inikan hak rakyat yang tidak tertunai! Memang sesuai rakyat mesir menggelarkan 'firaun terakhir' dengan perangai Hosni Mubarak itu. Rakyat mesir ibarat singa yang terlepas dari sangkarnya. Inilah satu-satunya peluang untuk menjatuhkan Mubarak. Rakyat sendiri yang melakukan revolusi. Inilah bantuan Allah Ta'ala.
Teringat penulis akan kata-kata ulama terkenal,
Itu pemuda di mesir. Kita pula bagaimana?
Pemuda di Malaysia ini mudah sangat terpedaya dengan agenda barat. Mereka tiada agenda Islami. Mereka tidak sedar bahawa merekalah tonggak tanah air tercinta ini. Siapa lagi kalau bukan mereka??
Nun di mesir sana, pemuda telah melakukan perubahan yang sangat besar. Bukan merubah universiti, sekolah, persatuan, tetapi merubah pimpinan dengan hanya protes. Pemuda mereka mampu melakukan perubahan. Perubahan yang menjadikan Islam sebagai landasan pemerintahan. Ini adalah sejarah terbesar dalam abad ke-21.
Kita juga mampu melakukan perubahan kerana pemuda ini sebenarnya sinonim dengan perubahan. "Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan" kata- kata Anwar Ibrahim ketika telah dipecat pada tahun 1998 dan slogan reformasi dilaungkan untuk mengislah kerajaan atau menukar terus kepada kerajaan yang lebih baik. Tiada perjuangan tanpa risiko. Sesiapa yang tidak menghadapi risiko, dia sebenarnya tidak berjuang.
Kita bukan masih kebudak-budakan. Kita adalah pemuda. Kita punya pendirian sendiri. Tiada yang dapat menghalang kita melainkan Allah. Islam juga tidak menghalang kebebasan berfikir dan memberi pendapat. Mengapa mahu gentar? Jangan hanya mahu bersandar pada agenda orang lain lebih-lebih lagi barat. Kita ada agenda sendiri. Rasulullah juga mempunyai pendirian dan agenda tersendiri. Yang penting, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Lantangkan suaramu, menerobos sangkar jahiliyah, biar Islam mekar di muka bumi, ataupun kau terkorban di sini!

Yusuf Al-Qardhawi (1998) menegaskan , “ Perlu segera disedari, bahawa pemuda kebangkitan Islam adalah generasi termahal dan paling berharga yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Dalam khutbah Aidil Adha di Iskandariah, Mesir, beberapa tahun yang lalu, saya tegaskan kepada jemaah , “ Sesungguhnya yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan terusan Suez, tetapi para pemudanya.” Pemuda mukmin yang lurus merupakan potensi termahal dalam masyarakat. Mereka adalah kekayaan masyarakat yang sebenarnya, mereka tabungan masa depan ummah. Oleh kerana itu, sewajarnya kita memberi perhatian yang besar kepadanya. Jika anda meninggalkan mereka, maka dengan siapa lagi mereka mahu membangun dan memajukan ummah.”Tidak hairanlah protes di mesir sebegitu rupa. Di mesir, pemudalah yang menggerakkan Islam itu sendiri di samping dipandu oleh syeikh-syeikh. Itu yang dirisaukan oleh kerajaan. Mereka takut revolusi dari para pemuda di mesir kerana mereka tahu mereka akan kalah.

0 comments: