

Cuba fikir kembali... Sesungguhnya umat-umat terdahulu amat berhati-hati dengan kejayaan mereka. Mereka memikirkan samada kejayaan itu satu anugerah ataupun sebagai satu ujian. Kita bagaimana pula???



(gambar ni gambar lama, sebenarnya 87 tahun dah..)
Sedar tak sedar kita masih berdosa kerana mungkar terbesar[syariat Allah tak terlaksana di bumi(khilafah)] berlaku sejak 87 tahun yang lepas dan kini masih tak tertegak..
Masih ingat?? 3 Mac 1924?? Tarikh khilafah jatuh secara rasmi. Bagi mereka yang prihatin mungkin ingat..
Teringat penulis akan zaman khilafah baru sahaja jatuh, Hasan Al Banna melihat gelagat penuntut di Universiti Azhar ketika itu. Hasan Al Banna yang masih muda sempat dengan khilafah masih ada dan tak ada. Beliau tidak puas hati melihat penuntut di Universiti Azhar sambil meluahkan perasaannya di hadapan seorang ulama’. Penuntut di Universiti Azhar sebelum khilafah jatuh dan selepas khilafah jatuh, sama sahaja. Tak ada pun yang menampakkan kesungguhan untuk kembalikan semula khilafah. Itu Al Banna. Bagaimana pula dengan kita??
************************
Umat kini tenat. Umat ni parah. Umat perlukan penyelamat. Penyelamat yang membawa kepada kebenaran. Tidakkah kita tergolong dalam penyelamat itu?
Kalau kita belajar matematik mahupun matematik tambahan, kita akan lihat bahawa orang-orang barat telahpun membuat formula-formula untuk perkiraan matematik. Semuanya dimuatkan dalam buku matematik yang kita pelajari sekarang. Itu formula mereka. Formula untuk kiraan matematik. Anda punya formula? Apa formula anda untuk umat Islam?
Formula kebangkitan umat. Bukan formula-formula yang hanya berlegar di kolam fikiran, berputar sekitar teori. Tetapi formula yang dimahukan sekarang ialah formula kebangkitan! Formula anda takkan sampai jika anda sekadar duduk senang-senang di rumah, berhadapan komputer sahaja, malas nak keluar dan lain-lain. Semuanya itu takkan merealisasikan formula anda.
Apa ciri-ciri formula kita??
Formula yang hidup. Formula yang mengembang, Formula yang mengesani. Formula yang mempengaruhi. Formula yang membuat manusia tidak boleh duduk diam. Formula yang agung. Formula yang menggegar musuh. Formula yang berpijak pada bumi. Formula yang 'nafas panjang'.
Semuanya mahukan formula. Tapi tak semua formula yang menjadi. Kajilah jatuh bangun umat Islam dengan melihat pada sejarah Sirah Nabawiyah, Khilafah Islamiah, dan tokoh-tokoh Islam. Formula Rasulullah adalah formula terbaik berbanding banyak-banyak formula di dunia ni. Jangan hanya baca sejarah, tapi KAJI. Anda akan dapat formulanya.
*****************
Yang penting usaha, bukannya semata-mata nak merasa hasilnya. Kalau sempat lihat dan rasa tertegaknya khilafah, itu bonus untuk kita. Kalau tak sempat, itu juga bonus. Macamana? Fikirlah selalu…..
Salam alaik.
Seperti yang difahami dalam hadith Ar-Rasul berkaitan Sayyidul Syuhada ialah terbahagi kepada 2, iaitu Hamzah b Abd Mutalib dan seseorang yang mengatakan kepada pemimpin yang zalim," Engkau zalim." lalu dia dibunuh. Kedua-dua itu dinamakan Sayyidul Syuhada.
Assalamualaikum w.r.t.
Rentetan peristiwa serangan ke atas Gaza pada tahun 2008, mencelikkan mata dunia dengan penutupan tembok Rafah sebagai sempadan Palestin-Mesir. Rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim menutup sempadan Rafah. Ahli keluarga berpisah, bekalan ubatan tersekat, makanan tidak mencukupi dan segalanya. Siapa yang mahu tanggung semua itu? Jika kambing di bukit pun khalifah Umar bimbang akan hilang, inikan hak rakyat yang tidak tertunai! Memang sesuai rakyat mesir menggelarkan 'firaun terakhir' dengan perangai Hosni Mubarak itu. Rakyat mesir ibarat singa yang terlepas dari sangkarnya. Inilah satu-satunya peluang untuk menjatuhkan Mubarak. Rakyat sendiri yang melakukan revolusi. Inilah bantuan Allah Ta'ala.Yusuf Al-Qardhawi (1998) menegaskan , “ Perlu segera disedari, bahawa pemuda kebangkitan Islam adalah generasi termahal dan paling berharga yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Dalam khutbah Aidil Adha di Iskandariah, Mesir, beberapa tahun yang lalu, saya tegaskan kepada jemaah , “ Sesungguhnya yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan terusan Suez, tetapi para pemudanya.” Pemuda mukmin yang lurus merupakan potensi termahal dalam masyarakat. Mereka adalah kekayaan masyarakat yang sebenarnya, mereka tabungan masa depan ummah. Oleh kerana itu, sewajarnya kita memberi perhatian yang besar kepadanya. Jika anda meninggalkan mereka, maka dengan siapa lagi mereka mahu membangun dan memajukan ummah.”
Tidak hairanlah protes di mesir sebegitu rupa. Di mesir, pemudalah yang menggerakkan Islam itu sendiri di samping dipandu oleh syeikh-syeikh. Itu yang dirisaukan oleh kerajaan. Mereka takut revolusi dari para pemuda di mesir kerana mereka tahu mereka akan kalah.



Al- Haqqu bila nizhom yaghlubuhul baatil binnizhom" ( kebaikan tanpa organisasi akan dikalahkan oleh kejahatan yang berorganisasi) - Ali Abi Talib r.a

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk menjawab periksa ini.
Ya Allah, kuatkanlah ingatan kami.
Ya Allah, kami sedang bantu agamaMu dan Kau bantulah kami semua.
Ya Allah, makbulkanlah doa kami, ibu bapa kami, saudara kami.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana ilmu itu hanya akan masuk pada hati-hati yang bersih.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang mampu untuk bantu kami.
Ya Allah, jadikanlah kami berjaya, cemerlang dalam setiap periksa kami, urusan kami, dakwah kami dan segalanya.

" ....dan puasa satu hari Arafah aku perhitungkan kepada Allah untuk menebus dosa setahun yang lalu dan setahun sesudahnya... " (Hadith Riwayat Imam Muslim)Pendapat ulama' juga disertakan,
Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat;“Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah hajiJadi, bagi sesiapa yang teringat untuk berpuasa pada hari Arafah, cepat2lah beritahu pada saudara semuslim yang lain. Sebarkan ilmu dan ajaklah beramal~