Author: Ahmad
•9:42 AM
Assalamualaikum w.r.t

Peperiksaan akhir tahun makin hari makin dekat. Terasa juga diri penulis. Bukan mudah-mudah periksa ini. Perlukan kesungguhan dan kefahaman. Kesungguhan dalam pembelajaran seharian dan kefahaman bahawa akademik penting bagi para daie untuk p
erjalanan tarbiyah dan dakwah. Serius ni, bukan satu perkara yang tidak memberi apa-apa kesan pada diri dan masyarakat.

Satu ketika Dr Mahmoud Ezzat(Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin) pergi berjumpa Ust Mustafa Masyhur. Menanyakan masalah yang dilanda di universitinya. Akhirnya Mustafa Masyhur mengatakan bahawa kita memerlukan orang-orang yang cemerlang dalam pembelajaran(akademik). Selepas itu, Dr Mahmoud Ezzat bersungguh-sungguh dan akhirnya bijak dan cerdik sehingga sekarang.

Hasan Al-Banna juga merupakan individu yang mendapat no 5 seluruh Mesir dalam salah satu peperiksaan yang dihadapinya. Ada juga kisah alBanna yang pernah sekali mimpinya bertemu dengan seseorang yang memakai jubah putih yang duduk di atas perahu. Al-Banna menjawab kertas yang diberi lelaki itu di atas perahu tiu. Keesokan harinya, alBanna mendapati bahawa mimpinya menjawab kertas malam tadi benar-benar serupa dengan kertas yang dijawabnya pada pagi itu. Akhirnya AlBanna cemerlang dalam peperiksaannya. Itu kelebihan bagi diri beliau yang setimpal dengan usaha beliau membangkitkan Islam.

Ayah ibu kita sendiri menaruh harapan yang tinggi pada diri kita agar cemerlang dalam akademik. Kerana itu adalah tugas kita sebagai seorang pelajar dan kita tidak terlepas daripada tanggungjawab itu(sebagai seorang pelajar). Ingat, kita berusaha dalam pelajaran ini adalah untuk merampas kembali ilmu-ilmu kita yang diambil oleh barat (pesan muallimah penulis). Andai bidang akademik ini tidak dikuasai oleh para penyeru, maka secara automatik pihak lain akan menguasainya. Bukan sekadar kita lemah dalam memberi hujah, malah memberi fakta pun masih terkapai-kapai.

Jadi, isilah tempat ini. Walaupun mungkin kurang meyakinkan(seperti saya mungkin?), tetapi usahalah bersungguh-sungguh menunjukkan kisahnya kita pada perkara-perkara(akademik) ini. Sesungguhnya Allah akan membantu hamba-Nya yang menolong agama-Nya. Yakinlah saudaraku..
Seperti generasi terdahulu...

Ada secebis artikel pasal ini juga. Sila tekan sini jika mahu terokainya.


This entry was posted on 9:42 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails