•6:31 PM
Alhamdulillah,
Kali ini, Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menempuh cuti yang agak lama (bagi mereka yang tidak menghadapi SPM). Setiap orang ada perancangan mereka tersendiri.
Ada yang mengikuti kelas tuisyen, ada juga mahu belajar sendiri2, ada juga mahu mengambil lesen dan ada juga mahu berjalan2...
Itu semua perancangan untuk diri kita. Amat malang bagi yang melalui cuti ni tapi tidak merancang apa2 pun. Diandaikan cuti ini seperti sebuah lautan. Banyak benda yang boleh buat apabila anda berada di lautan.
Ada manusia bila melihat lautan ini, bagaikan satu kenikmatan yang besar kerana dia terfikir untuk mengangkut segala mutiara dan batu karang yang terdampar di dasar lautan.
Ada juga manusia yang apabila melihat lautan, dia terfikir bagaimana Allah menjadikan lautan itu airnya tenang, tetap di tempatnya dan amat berkaitan dengan ilmu fizik. Katanya " Ini adalah hukum graviti yang mana tiada manusia yang mampu buat seperti ini ". " Kapal besar yang tidak tenggelam di tengah2 lautan juga ada hukumnya tersendiri ". Dia melihat lautan ini sahaja sudah mempunyai berbagai hukum fizik.
Ada juga manusia yang apabila melihat lautan terbentang luas, dia terfikir andainya dirinya dapat membawa keluarganya menaiki kapal dan merentasi lautan luas sambil menghayati nikmat kurnian Tuhan.
Anda melihat lautan dengan pandangan yang bagaimana??
MENJAGA DIRI
Beruntunglah bagi mereka yang merancang untuk dirinya semasa cuti ini. Kita semua sebenarnya dituntut untuk menjaga diri sendiri walau dimana pun. Keutamaan dalam belayar di tengah2 lautan cuti ini adalah menjaga diri sendiri. Bukan senang mahu menjaga iman semasa di rumah. Pelbagai media, gajet dan sebagainya yang tersedia di rumah kita. Semua itu sebenarnya mampu melalaikan kita andainya kita tidak mampu mengawalnya dengan sebaiknya.
Dengan internet sahaja sudah cukup untuk menurunkan graf kita sehingga melebihi paksi x. Sebab itulah perlukan perancangan yang rapi untuk diri sendiri. Agar diri kita ada agenda tersendiri dan tidak hanya membuat sesuatu sambil lewa dan tidak dirancang. Takut2 apa yang tidak dirancang itu sebenarnya membawa kelalaian dalam diri kita. Pepatah arab ada mengatakan ' Hammuka 'ala qadri ma ahammuk '. Kesibukan diri kita adalah bergantung dengan apa yang disibukkan. Jika internet yang disibukkan, maka di situlah agenda kita. Jika permainan yang disibukkan, itulah agendanya.
Jadi, jagalah diri baik2. Jangan sampai lemas di lautan ni. Walaupun orang itu pandai berenang, tak kemana juga dia mampu berenang jika iltizam, kekuatan dan staminanya lemah.
Perkuatlah iltizam, kekuatan dan stamina anda supaya apabila hampir lemas, anda mampu berenang jauh sehingga ke daratan..
' Agar hati tidak mati berkali-kali '
1 comments:
diri takkan terjaga tanpa quran di hati