Author: Ahmad
•3:00 AM

Sedar tak sedar kita skrg sedang berada di 10 hari Dzulhijjah. Hari kemucak dalam sepuluh hari Dzulhijjah ini adalah hari Arafah. Sebenarnya Rasulullah amat menggalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah ini iaitu pada 9 Dzulhijjah. Dan juga ganjaran yang besar bagi sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah.

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim
Pendapat ulama' juga disertakan,

Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat;“Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
Jadi, bagi sesiapa yang teringat untuk berpuasa pada hari Arafah, cepat2lah beritahu pada saudara semuslim yang lain. Sebarkan ilmu dan ajaklah beramal~
Author: Ahmad
•6:31 PM
Alhamdulillah,

Kali ini, Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menempuh cuti yang agak lama (bagi mereka yang tidak menghadapi SPM). Setiap orang ada perancangan mereka tersendiri.
Ada yang mengikuti kelas tuisyen, ada juga mahu belajar sendiri2, ada juga mahu mengambil lesen dan ada juga mahu berjalan2...

Itu semua perancangan untuk diri kita. Amat malang bagi yang melalui cuti ni tapi tidak merancang apa2 pun. Diandaikan cuti ini seperti sebuah lautan. Banyak benda yang boleh buat apabila anda berada di lautan.

Ada manusia bila melihat lautan ini, bagaikan satu kenikmatan yang besar kerana dia terfikir untuk mengangkut segala mutiara dan batu karang yang terdampar di dasar lautan.

Ada juga manusia yang apabila melihat lautan, dia terfikir bagaimana Allah menjadikan lautan itu airnya tenang, tetap di tempatnya dan amat berkaitan dengan ilmu fizik. Katanya " Ini adalah hukum graviti yang mana tiada manusia yang mampu buat seperti ini ". " Kapal besar yang tidak tenggelam di tengah2 lautan juga ada hukumnya tersendiri ". Dia melihat lautan ini sahaja sudah mempunyai berbagai hukum fizik.

Ada juga manusia yang apabila melihat lautan terbentang luas, dia terfikir andainya dirinya dapat membawa keluarganya menaiki kapal dan merentasi lautan luas sambil menghayati nikmat kurnian Tuhan.

Anda melihat lautan dengan pandangan yang bagaimana??

MENJAGA DIRI

Beruntunglah bagi mereka yang merancang untuk dirinya semasa cuti ini. Kita semua sebenarnya dituntut untuk menjaga diri sendiri walau dimana pun. Keutamaan dalam belayar di tengah2 lautan cuti ini adalah menjaga diri sendiri. Bukan senang mahu menjaga iman semasa di rumah. Pelbagai media, gajet dan sebagainya yang tersedia di rumah kita. Semua itu sebenarnya mampu melalaikan kita andainya kita tidak mampu mengawalnya dengan sebaiknya.

Dengan internet sahaja sudah cukup untuk menurunkan graf kita sehingga melebihi paksi x. Sebab itulah perlukan perancangan yang rapi untuk diri sendiri. Agar diri kita ada agenda tersendiri dan tidak hanya membuat sesuatu sambil lewa dan tidak dirancang. Takut2 apa yang tidak dirancang itu sebenarnya membawa kelalaian dalam diri kita. Pepatah arab ada mengatakan ' Hammuka 'ala qadri ma ahammuk '. Kesibukan diri kita adalah bergantung dengan apa yang disibukkan. Jika internet yang disibukkan, maka di situlah agenda kita. Jika permainan yang disibukkan, itulah agendanya.

Jadi, jagalah diri baik2. Jangan sampai lemas di lautan ni. Walaupun orang itu pandai berenang, tak kemana juga dia mampu berenang jika iltizam, kekuatan dan staminanya lemah.
Perkuatlah iltizam, kekuatan dan stamina anda supaya apabila hampir lemas, anda mampu berenang jauh sehingga ke daratan..

' Agar hati tidak mati berkali-kali '

Author: Ahmad
•9:42 AM
Assalamualaikum w.r.t

Peperiksaan akhir tahun makin hari makin dekat. Terasa juga diri penulis. Bukan mudah-mudah periksa ini. Perlukan kesungguhan dan kefahaman. Kesungguhan dalam pembelajaran seharian dan kefahaman bahawa akademik penting bagi para daie untuk p
erjalanan tarbiyah dan dakwah. Serius ni, bukan satu perkara yang tidak memberi apa-apa kesan pada diri dan masyarakat.

Satu ketika Dr Mahmoud Ezzat(Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin) pergi berjumpa Ust Mustafa Masyhur. Menanyakan masalah yang dilanda di universitinya. Akhirnya Mustafa Masyhur mengatakan bahawa kita memerlukan orang-orang yang cemerlang dalam pembelajaran(akademik). Selepas itu, Dr Mahmoud Ezzat bersungguh-sungguh dan akhirnya bijak dan cerdik sehingga sekarang.

Hasan Al-Banna juga merupakan individu yang mendapat no 5 seluruh Mesir dalam salah satu peperiksaan yang dihadapinya. Ada juga kisah alBanna yang pernah sekali mimpinya bertemu dengan seseorang yang memakai jubah putih yang duduk di atas perahu. Al-Banna menjawab kertas yang diberi lelaki itu di atas perahu tiu. Keesokan harinya, alBanna mendapati bahawa mimpinya menjawab kertas malam tadi benar-benar serupa dengan kertas yang dijawabnya pada pagi itu. Akhirnya AlBanna cemerlang dalam peperiksaannya. Itu kelebihan bagi diri beliau yang setimpal dengan usaha beliau membangkitkan Islam.

Ayah ibu kita sendiri menaruh harapan yang tinggi pada diri kita agar cemerlang dalam akademik. Kerana itu adalah tugas kita sebagai seorang pelajar dan kita tidak terlepas daripada tanggungjawab itu(sebagai seorang pelajar). Ingat, kita berusaha dalam pelajaran ini adalah untuk merampas kembali ilmu-ilmu kita yang diambil oleh barat (pesan muallimah penulis). Andai bidang akademik ini tidak dikuasai oleh para penyeru, maka secara automatik pihak lain akan menguasainya. Bukan sekadar kita lemah dalam memberi hujah, malah memberi fakta pun masih terkapai-kapai.

Jadi, isilah tempat ini. Walaupun mungkin kurang meyakinkan(seperti saya mungkin?), tetapi usahalah bersungguh-sungguh menunjukkan kisahnya kita pada perkara-perkara(akademik) ini. Sesungguhnya Allah akan membantu hamba-Nya yang menolong agama-Nya. Yakinlah saudaraku..
Seperti generasi terdahulu...

Ada secebis artikel pasal ini juga. Sila tekan sini jika mahu terokainya.


Author: Ahmad
•9:49 PM
Assalamualaikum w.r.t

Apa khabar raya anda? Raya penulis pula bagaimana??

Disini penulis mengucapkan Salam Eid Mubarak 1430H dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin di bumi Allah ini. Samada yang gembira mahupun yang kurang gembira. Penulis sendiri merasakan tahun ini kurang meriah kerana p
enulis menyambut hari raya tahun ini tanpa ibubapa tersayang kerana mereka beraya dengan penuh 'kemenangan' di Baitullah. Terasa juga sepi tahun ini..

Namun dapatlah juga merasa sedikit perasaan mereka yang tiada ibu ayah menyambut hari raya dengan penuh kesyahduan lebih-lebih lagi saudara-saudara penulis di Baitulmaqdis sana. Bagaimana perasaan mereka?? Boleh rasakan?? Mungkin kita d
isini beraya sakan x ingat Allah, Rasul, ibu ayah dsb, tetapi mereka disana hanya bertemankan Tuhan Yang Maha Penyayang yang mana kasih sayang-Nya melebihi segalanya... Boleh bayangkan? Itulah teman 'setia' mereka..

Kita yang hidup ini terlalu lalai sehinggakan ada yang merasakan hari raya aidilfitri lebih menyeronokkan berbanding Ramadhan yang promosinya makin lama makin tidak mendapat sambutan. Cuba beralih fikiran pada mereka yang sedang berada di 'rumah' sebenar(liang lahat). Bagi mereka, Ramadhan lah yang paling menguntungkan kerana semasa Ramadhan azab mereka diangkat. Setelah berlalunya Ramadhan, mereka diazab kembali saperti sediakala. Boleh fikirkannya? Adakah mereka gembira seperti kita??

Hari raya ini adalah hari kemenangan buat jiwa-jiwa yang mampu membantai nafsunya dan buat hati-hati yang telah dicuci dari titik-titik noda hitam. Walaupun ada yang kecewa kerana Ramadhannya tidak terbaik tahun ini tetapi yakinlah bahawa natijah Ramadhan itulah yang lebih penting. Andai selepas Ramadhan dirinya tidak berubah, itu adalah kekalahan buat dirinya. Andai dirinya mampu meraih perubahan selepas Ramadhan, maka itulah kemenangan sebenarnya..

Yakinlah Saudaraku!!
Anda mampu meraihnya!!
~Salam Eid Mubarak 1430H~
Author: Ahmad
•12:16 AM

“ Cikgu, eksperimen ni macam tak jadi je.. Camne nak buat ‘hypothesis’nya kalau eksperimen tak jadi? “

“ Hmm… Mesti ada masalah, ada yang tak kena nih… “

“ Tak tahulah apa masalahnya. Dah buat ikut ‘step’nya dah..”

“ Takpelah, kamu buatlah ‘accepted’ ataupun ‘ not accepted ‘ “

*****************

Kalau macam itu, rugilah dia yang buat eksperimen itu. Tak dapat tengok hasilnya. Dah ikut ‘step’ pun tak jadi… Apa masalahnya??

Bayangkan, eksperimen tu hidup kita dan kita pun menjalaninya sekarang samada ‘sedar’ ataupun ‘tidak sedar’. Dalam hidup mesti ada ujian yang menimpa tak kisahlah orang itu sehebat mana, sekuat mana, sepandai mana namun mesti dia laluinya juga. Semakin lama hidup, maka ujian pun akan semakin banyak menghadang. Adakah ujian itu akan meningkatkan kita?(hypothesis). Samada ia memberi kesan atau tidak(accepted or not accepted). Fikir kembali dan cuba kaitkan dengan eksperimen. (mungkin kaitannya sedikit, tapi kita cuba ambil ‘ibrohnya sebaik mungkin)

Ada orang ujian dia lain, ada orang ujian dia senang sahaja, ada orang juga ujian dia bagai gunung menghimpap badan tak terpikul. Itulah hidup kita. Andaikata ujian tidak muncul dalam hidup kita, maka ‘mati’lah kita. Mana mungkin layang-layang dapat terbang jika tiada angin? Layang-layang akan terbang melawan arah angin. Semakin kuat angin, semakin tinggi layang-layang. Setakat mana sahaja umat kini ditimpa ujian? Belum lagi kena siksa bila nak mengamalkan Islam, belum lagi dijemur tengah panas di tengah-tengah gurun kering-kontang dan macam-macam lagi ujian umat terdahulu.

Kalau generasi awal Islam di Malaysia ini, nak pergi haji kena naik kapal tetapi bila sampai setengah jalan, portugis bakar kapal mereka.. Bukan mudah mahu membuat baik… Amat berbeza dengan kita di zaman ini. Anda kenal Christian Snouck Hurgronje? Iaitu orang Belanda yang masuk Islam untuk menghancurkan Islam sendiri(munafik). Dia di zaman penjajahan Belanda ke atas Aceh dahulu. Kata-katanya yang terkenal ialah “ Jangan letak ‘harga tinggi’ pada mereka(orang yang dijajah) “. Maksudnya, jangan dihalang orang yang mahu buat baik kerana jika dihalang, maka akan semakin kuat mereka melakukannya(bersungguh-sungguh). Jangan letakkan amalan baik itu pada ‘harga yang tinggi’. Jangan susahkan mereka untuk buat baik. Berikan kemudahan pada mereka…

Kini, kita tak diuji pun macam orang terdahulu. Senang sahaja mahu buat baik, namun kita lihatlah hasilnya bila hidup semakin senang. Ramai yang malas-malas nak pergi solat padahal surau masjid hanya beberapa minit sahaja dari rumah dan banyak lagi contoh lain. Kalau kat Malaysia ini dihalang untuk buat solat, maka mat-mat rempit tu pun turun solat berjemaah kat padang sekalipun. Kalau dahulu, jemaah haji amat digeruni jika mereka pulang ke Malaysia kerana membawa apa yang mereka dapat disana(cthnya ilmu). Namun harini, jemaah haji tidak dipandang masyarakat pun. Bagaimana jemaah haji sekarang? Mungkin ada yang berubah tapi masih ada lagi yang mahu jadi seperti sediakala(jahil). Hipokrit mungkin difikirkannya?? Muallimah dulu ada pernah cakap kalau hipokrit nak buat baik tak mengapa asalkan dia selepas itu betul-betul nak buat baik. Ada juga yang sebelum haji tak pakai tudung, balik haji pun sama sahaja tak pakai tudung. Adakah berhadapan dengan Baitullah di sana tidak memberi kesan pada hati kecil ini?? Ini semua adalah pendapat Christian Snouck Hurgronje.. Dia sudah mengkaji kelemahan kita sedangkan kita di sini masih buat tak tahu..

Kita lihat sahaja nilai ujian itu pada suatu amalan. Semakin kuat ujian menghadang, semakin tinggi nilai sesuatu perkara itu…

Semakin kuat ujian membadai semakin tinggi nilai diri..

Seperti Rasulullah dan para sahabat ...

(timbulkanlah segala hypotesis yang ada selagi anda faham entry ini)



Author: Ahmad
•7:34 PM
Assalamualaikum w.r.t... Ramadhan semakin lama semakin berlalu hari demi hari. Setiap hari berganti hari yang sama sahaja ganjarannya dan tak kurang sedikit pun. Semalam, hari ini dan esok semuanya sama tapi yang bezanya ialah diri kita. Adakah semakin baik, constant, ataupun semakin buruk mungkin? Semoga kita semua dapat menggarap segala ganjaran yang ditawarkan Allah pada kita bak promosi 'pahala' pada bulan Ramadhan ini..

Beberapa hari yang lepas, penulis solat tarawih di Masjid Negeri di Shah Alam. Berbagai ragam manusia yang solat di situ. Ada yang penulis lihat, solat bersama tapi rambutnya berwarna perang(dye). Penulis terfikir sejenak. 'Adakah air wuduk yang diambil mamat tu kena rambutnya? ataupun diserap rambut/kulit kepala(apa2lah)? 'Sedangkan yang penulis belajar di sekolah, rambut yang berminyak tak boleh serap air manakan wuduknya sah? (mahu tengok,datanglah sendiri ke masjid negeri)..

Ada juga yang duduk-duduk dan tidak bangun untuk solat sunat rawatib selepas Isya'. Penulis sekali lagi terfikir ' Ramadhan pun tak nak bangun solat?' 'solat sunat pahalanya seperti solat wajib pun masih tidak terkesan?'.. Usahkan dikata selepas Ramadhan berubah sedangkan semasa Ramadhan pun gaya 'macam' malas2 nak buat amal. Kalau benarlah seseorang tu nak berubah, maka dia akan berusaha sungguh2 nak buat amal. Jangan risau, sesiapa yang nak buat baik, Allah akan tolong. Allah sangat2 nak kita minta ampun pada-Nya dan beramal pada-Nya. Sampaikan promosi ni sangat2 menguntungkan kita. Masalahnya, adakah kita mahu buat atau tidak. Timbul persoalan, mengapa Ramadhan tidak berkesan? Sendiri boleh fikir...

Sungguh! Umat ini sangat rapuh! Bila-bila masa sahaja akan hancur dek kehujanan dunia..

"Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda"
(Hasan Al-Banna)

" sejenak memikirkan umat "
" mengambil iktibar dan terus bertindak "

" mahu menunggu apa lagi?? "

Author: Ahmad
•9:46 AM

Alhamdulillah, kini diri ini benar-benar berada di dalam bulan RAMADHAN. Tak semua merasainya bahkan yang bertemu pun masih belum bersedia menerimanya..

Setiap orang melalui Ramadhan mereka tersendiri. Samada memanfaatkannya atau tidak. Teringat pula satu kata2 dari ibn Rajab(mafhum):

" Celakalah bagi sesiapa yang tidak mendapat keampunan di dalam bulan Ramadhan "

Ramadhan itu terpulang kepada sesiapa yang melaluinya. Menjadi keampunan, rahmat, celaka dan sebagainya..
Inilah masa untuk kita berubah!
(bagi sesiapa yang mendambakan perubahan yang sekian lama tidak hadir dalam dirinya)
(yang sudah berubah pun, apa salahnya berubah lebih baik daripada sebelum ini)

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum2 ini!

' bukan senang mahu bertemu Ramadhan '
Related Posts with Thumbnails