Author: Ahmad
•2:32 AM
Diantara sistemik dan sistematik.
Biasanya yang kita dengar ialah sistematik tidak pula sistemik..
Apa itu sistemik dan apa pula itu sistematik yang sering kita dengari??
Ini cuma maksud yang tersirat darinya dan bukan maksud tetap pada perkataan tersebut.

Sistematik
Selalunya kita mendengari " belajar perlu sistematik ". Sistematik yang dimaksudkan dalam kategori belajar itu ialah mementingkan apa yang paling penting. Bermaksud, kita belajar dan mengutamakan subjek yang paling susah dan rumit. Subjek-subjek yang mudah tidak perlu diluangkan masa yang banyak kerana banyak lagi masa yang perlu diluangkan pada subjek-subjek yang susah dan rumit. Apa yang kita dapat di situ melalui maksudnya ialah mementingkan sesuatu melebihi yang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan sistematik.

Sistemik

Sistemik pula bermaksud menyeluruh yang merangkumi semua. Terma ini sesuai untuk Islam itu sendiri. Kerana, di dalam Islam, semua perkara penting. Akidah, akhlak, sirah, fiqh, adab, sunnah, al-Quran dan sebagainya. Kita tidak boleh menyatakan hanya sesuatu perkara itu sahaja penting kerana setiap perkara akan saling melengkapi. Ini juga boleh diandaikan dalam sebuah sekolah yang mempunyai banyak kelab dan badan seperti Badan Rohani, Pengawas, Kelab, Persatuan, Pengakap dan sebagainya. Andai sahaja kita mementingkan Badan Rohani sahaja dan meninggalkan yang lain, maka pembentukan seseorang pelajar itu tidak seimbang kerana dirinya hanya mementingkan rohani dan ilmu sahaja(mungkin) dan dari segi disiplin yang mana seharusnya diisi oleh Pengawas atau Pengakap amat lemah. Di situ kita nampak kepelbagaian badan di dalam sekolah untuk membentuk pelajar yang mampu mencakupi seluruh kemahiran. Banyak lagi yang boleh anda ibaratkan.

Islam

Islam ialah sistemik yang mana sistemnya menyeluruh. Kita tidak perlu untuk berhujah mana satu yang paling penting sehingga melupakan praktikalnya dalam diri. Islam zaman kini semakin berkembang di pelusuk dunia. Pelbagai bidang dan kerjaya yang diterajui oleh orang Islam sendiri. Bidang farmasi, perubatan, kejuruteraan, agama, pergigian, pengkomputeran, fizik, kimia dan sebagainya. Semua itu saling melengkapi. Tidak perlu untuk mementingkan mana satu yang paling utama kerana setiap orang Islam ada peranan tersendiri mengikut apa yang dipilihnya.

Ini bukan makna tetap perkataan tersebut. Sekadar perbincangan melalui maksud yang tersirat.
Anda sendiri menilainya samada sistematik atau sistemik.
Kadang-kadang sesuatu nilai itu berubah mengikut waqi'(keadaan).
Fiqh Waqi'.
Author: Ahmad
•5:51 AM

Salam alaik. Kif hal?

Kali ini penulis mahu kita sama2 untuk merenung diri kembali. Setakat ini. Penulis sendiri menghadapi ini. Penulis dapat merasakan bahawa setiap manusia mempunyai daya deria hatinya yang agak kuat lebih-lebih lagi mereka yang senantiasa merenung diri. Apakah ia?

Ia adalah lintasan hati. Lintasan hati yang penulis maksudkan adalah lintasan hati yang baik dan membawa kepada kebaikan. Usah pedulikan lintasan jahat. 'Memenatkan'.

Kadang2, sedang kita bersendirian, lintas di hati " Eh, dah lama tak baca al-Quran ni .."

*************
Terkadang, sedang kita berbuat dosa dan maksiat, hati berbicara " Aku tgh buat dosa ni.. takpe lah, bukan selalu buat ni... lepas ni taubatlah.."

*************
Tatkala bosan berhadapan dengan komputer melayani facebook/myspace/game, cuit hati
" Hmm.. dah lama jugak tak jumpa kawan2 nih. Bosan pulak duduk rumah.. Rasa macam nak keluar.."

*************

Segala macam lintasan hati yang akan timbul lagi-lagi apabila kita sedang berbuat dosa/maksiat. Ada manusia dengan tegas prinsipnya, dia buat apa yang terlintas di hatinya(kebaikan).
Ada juga manusia, malas melayani lintasan hatinya yang hanya membuat kacau tatkala membuat dosa.
Ada juga yang terkadang mengikut dan terkadang mengendahkannya.
Anda rasa semua ini?

Seorang ulama' pernah mengatakan,

" Lihatlah apa yang bercampur dalam hatimu. "

Sebenarnya, bagi mereka yang terlintas di hatinya untuk bertaubat tatkala sedang melayani nafsunya(buat dosa/maksiat), itu sebenarnya adalah rahmat Allah dan juga boleh disebut sebagai jentikan hidayah. Kadang2 diri kita tidak menyedari itu dan terus dengan apa yang dilakukan. Allah Maha Penyayang kan? Sedang kita buat maksiat/dosa, Allah masih lagi memberi kita 'jentikan hidayah' untuk kembali ke jalan-Nya. Cuma terletak pada diri kita sendiri samada mahu menerima atau tidak.

Hati-hati, jangan mudah menolak mentah jentikan hidayah itu. Fikir baik2. Panjangkan fikiran. Kita sedang buat apa sebenarnya??

Apabila kita selalu mengendahkan lintasan hati(jentikan hidayah) itu, takut2, hati kita sudah tiada sensitif pada perkara dosa dan maksiat. Saat itu, lintasan hati ini tidak mampu menembusi iman kita dan tak mampu menyentak atau menjentik hati kita yang keras ini.

Aduh, parahnya hati ni!
Mahu menjaganya payah, tapi kesannya amat besar...
Jangan selalu mengendahkan lintasan hati(jentikan hidayah) ini kerana itu adalah tanda Allah masih sayang pada kita..

Bagi mereka yang tiada berbuat apa-apa(lapang dan kosong-tiada agenda), lintasan hati ini terkadang mengisi benakmu untuk berbuat sesuatu. Maka, pesan penulis, buatlah(ikut kata hati yang suruh buat baik). Kerana apabila ia diendahkan, timbullah tentera syaitan mengacau dalam hatinya. Hinggakan hatinya kini haru-biru dek peperangan dalam hatinya.. Dia pun keliru nak memihak yang mana~


Anda setuju??
Peduli lintasan itu!



Author: Ahmad
•3:00 AM

Sedar tak sedar kita skrg sedang berada di 10 hari Dzulhijjah. Hari kemucak dalam sepuluh hari Dzulhijjah ini adalah hari Arafah. Sebenarnya Rasulullah amat menggalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah ini iaitu pada 9 Dzulhijjah. Dan juga ganjaran yang besar bagi sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah.

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim
Pendapat ulama' juga disertakan,

Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat;“Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
Jadi, bagi sesiapa yang teringat untuk berpuasa pada hari Arafah, cepat2lah beritahu pada saudara semuslim yang lain. Sebarkan ilmu dan ajaklah beramal~
Author: Ahmad
•6:31 PM
Alhamdulillah,

Kali ini, Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menempuh cuti yang agak lama (bagi mereka yang tidak menghadapi SPM). Setiap orang ada perancangan mereka tersendiri.
Ada yang mengikuti kelas tuisyen, ada juga mahu belajar sendiri2, ada juga mahu mengambil lesen dan ada juga mahu berjalan2...

Itu semua perancangan untuk diri kita. Amat malang bagi yang melalui cuti ni tapi tidak merancang apa2 pun. Diandaikan cuti ini seperti sebuah lautan. Banyak benda yang boleh buat apabila anda berada di lautan.

Ada manusia bila melihat lautan ini, bagaikan satu kenikmatan yang besar kerana dia terfikir untuk mengangkut segala mutiara dan batu karang yang terdampar di dasar lautan.

Ada juga manusia yang apabila melihat lautan, dia terfikir bagaimana Allah menjadikan lautan itu airnya tenang, tetap di tempatnya dan amat berkaitan dengan ilmu fizik. Katanya " Ini adalah hukum graviti yang mana tiada manusia yang mampu buat seperti ini ". " Kapal besar yang tidak tenggelam di tengah2 lautan juga ada hukumnya tersendiri ". Dia melihat lautan ini sahaja sudah mempunyai berbagai hukum fizik.

Ada juga manusia yang apabila melihat lautan terbentang luas, dia terfikir andainya dirinya dapat membawa keluarganya menaiki kapal dan merentasi lautan luas sambil menghayati nikmat kurnian Tuhan.

Anda melihat lautan dengan pandangan yang bagaimana??

MENJAGA DIRI

Beruntunglah bagi mereka yang merancang untuk dirinya semasa cuti ini. Kita semua sebenarnya dituntut untuk menjaga diri sendiri walau dimana pun. Keutamaan dalam belayar di tengah2 lautan cuti ini adalah menjaga diri sendiri. Bukan senang mahu menjaga iman semasa di rumah. Pelbagai media, gajet dan sebagainya yang tersedia di rumah kita. Semua itu sebenarnya mampu melalaikan kita andainya kita tidak mampu mengawalnya dengan sebaiknya.

Dengan internet sahaja sudah cukup untuk menurunkan graf kita sehingga melebihi paksi x. Sebab itulah perlukan perancangan yang rapi untuk diri sendiri. Agar diri kita ada agenda tersendiri dan tidak hanya membuat sesuatu sambil lewa dan tidak dirancang. Takut2 apa yang tidak dirancang itu sebenarnya membawa kelalaian dalam diri kita. Pepatah arab ada mengatakan ' Hammuka 'ala qadri ma ahammuk '. Kesibukan diri kita adalah bergantung dengan apa yang disibukkan. Jika internet yang disibukkan, maka di situlah agenda kita. Jika permainan yang disibukkan, itulah agendanya.

Jadi, jagalah diri baik2. Jangan sampai lemas di lautan ni. Walaupun orang itu pandai berenang, tak kemana juga dia mampu berenang jika iltizam, kekuatan dan staminanya lemah.
Perkuatlah iltizam, kekuatan dan stamina anda supaya apabila hampir lemas, anda mampu berenang jauh sehingga ke daratan..

' Agar hati tidak mati berkali-kali '

Author: Ahmad
•9:42 AM
Assalamualaikum w.r.t

Peperiksaan akhir tahun makin hari makin dekat. Terasa juga diri penulis. Bukan mudah-mudah periksa ini. Perlukan kesungguhan dan kefahaman. Kesungguhan dalam pembelajaran seharian dan kefahaman bahawa akademik penting bagi para daie untuk p
erjalanan tarbiyah dan dakwah. Serius ni, bukan satu perkara yang tidak memberi apa-apa kesan pada diri dan masyarakat.

Satu ketika Dr Mahmoud Ezzat(Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin) pergi berjumpa Ust Mustafa Masyhur. Menanyakan masalah yang dilanda di universitinya. Akhirnya Mustafa Masyhur mengatakan bahawa kita memerlukan orang-orang yang cemerlang dalam pembelajaran(akademik). Selepas itu, Dr Mahmoud Ezzat bersungguh-sungguh dan akhirnya bijak dan cerdik sehingga sekarang.

Hasan Al-Banna juga merupakan individu yang mendapat no 5 seluruh Mesir dalam salah satu peperiksaan yang dihadapinya. Ada juga kisah alBanna yang pernah sekali mimpinya bertemu dengan seseorang yang memakai jubah putih yang duduk di atas perahu. Al-Banna menjawab kertas yang diberi lelaki itu di atas perahu tiu. Keesokan harinya, alBanna mendapati bahawa mimpinya menjawab kertas malam tadi benar-benar serupa dengan kertas yang dijawabnya pada pagi itu. Akhirnya AlBanna cemerlang dalam peperiksaannya. Itu kelebihan bagi diri beliau yang setimpal dengan usaha beliau membangkitkan Islam.

Ayah ibu kita sendiri menaruh harapan yang tinggi pada diri kita agar cemerlang dalam akademik. Kerana itu adalah tugas kita sebagai seorang pelajar dan kita tidak terlepas daripada tanggungjawab itu(sebagai seorang pelajar). Ingat, kita berusaha dalam pelajaran ini adalah untuk merampas kembali ilmu-ilmu kita yang diambil oleh barat (pesan muallimah penulis). Andai bidang akademik ini tidak dikuasai oleh para penyeru, maka secara automatik pihak lain akan menguasainya. Bukan sekadar kita lemah dalam memberi hujah, malah memberi fakta pun masih terkapai-kapai.

Jadi, isilah tempat ini. Walaupun mungkin kurang meyakinkan(seperti saya mungkin?), tetapi usahalah bersungguh-sungguh menunjukkan kisahnya kita pada perkara-perkara(akademik) ini. Sesungguhnya Allah akan membantu hamba-Nya yang menolong agama-Nya. Yakinlah saudaraku..
Seperti generasi terdahulu...

Ada secebis artikel pasal ini juga. Sila tekan sini jika mahu terokainya.


Author: Ahmad
•9:49 PM
Assalamualaikum w.r.t

Apa khabar raya anda? Raya penulis pula bagaimana??

Disini penulis mengucapkan Salam Eid Mubarak 1430H dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin di bumi Allah ini. Samada yang gembira mahupun yang kurang gembira. Penulis sendiri merasakan tahun ini kurang meriah kerana p
enulis menyambut hari raya tahun ini tanpa ibubapa tersayang kerana mereka beraya dengan penuh 'kemenangan' di Baitullah. Terasa juga sepi tahun ini..

Namun dapatlah juga merasa sedikit perasaan mereka yang tiada ibu ayah menyambut hari raya dengan penuh kesyahduan lebih-lebih lagi saudara-saudara penulis di Baitulmaqdis sana. Bagaimana perasaan mereka?? Boleh rasakan?? Mungkin kita d
isini beraya sakan x ingat Allah, Rasul, ibu ayah dsb, tetapi mereka disana hanya bertemankan Tuhan Yang Maha Penyayang yang mana kasih sayang-Nya melebihi segalanya... Boleh bayangkan? Itulah teman 'setia' mereka..

Kita yang hidup ini terlalu lalai sehinggakan ada yang merasakan hari raya aidilfitri lebih menyeronokkan berbanding Ramadhan yang promosinya makin lama makin tidak mendapat sambutan. Cuba beralih fikiran pada mereka yang sedang berada di 'rumah' sebenar(liang lahat). Bagi mereka, Ramadhan lah yang paling menguntungkan kerana semasa Ramadhan azab mereka diangkat. Setelah berlalunya Ramadhan, mereka diazab kembali saperti sediakala. Boleh fikirkannya? Adakah mereka gembira seperti kita??

Hari raya ini adalah hari kemenangan buat jiwa-jiwa yang mampu membantai nafsunya dan buat hati-hati yang telah dicuci dari titik-titik noda hitam. Walaupun ada yang kecewa kerana Ramadhannya tidak terbaik tahun ini tetapi yakinlah bahawa natijah Ramadhan itulah yang lebih penting. Andai selepas Ramadhan dirinya tidak berubah, itu adalah kekalahan buat dirinya. Andai dirinya mampu meraih perubahan selepas Ramadhan, maka itulah kemenangan sebenarnya..

Yakinlah Saudaraku!!
Anda mampu meraihnya!!
~Salam Eid Mubarak 1430H~
Author: Ahmad
•12:16 AM

“ Cikgu, eksperimen ni macam tak jadi je.. Camne nak buat ‘hypothesis’nya kalau eksperimen tak jadi? “

“ Hmm… Mesti ada masalah, ada yang tak kena nih… “

“ Tak tahulah apa masalahnya. Dah buat ikut ‘step’nya dah..”

“ Takpelah, kamu buatlah ‘accepted’ ataupun ‘ not accepted ‘ “

*****************

Kalau macam itu, rugilah dia yang buat eksperimen itu. Tak dapat tengok hasilnya. Dah ikut ‘step’ pun tak jadi… Apa masalahnya??

Bayangkan, eksperimen tu hidup kita dan kita pun menjalaninya sekarang samada ‘sedar’ ataupun ‘tidak sedar’. Dalam hidup mesti ada ujian yang menimpa tak kisahlah orang itu sehebat mana, sekuat mana, sepandai mana namun mesti dia laluinya juga. Semakin lama hidup, maka ujian pun akan semakin banyak menghadang. Adakah ujian itu akan meningkatkan kita?(hypothesis). Samada ia memberi kesan atau tidak(accepted or not accepted). Fikir kembali dan cuba kaitkan dengan eksperimen. (mungkin kaitannya sedikit, tapi kita cuba ambil ‘ibrohnya sebaik mungkin)

Ada orang ujian dia lain, ada orang ujian dia senang sahaja, ada orang juga ujian dia bagai gunung menghimpap badan tak terpikul. Itulah hidup kita. Andaikata ujian tidak muncul dalam hidup kita, maka ‘mati’lah kita. Mana mungkin layang-layang dapat terbang jika tiada angin? Layang-layang akan terbang melawan arah angin. Semakin kuat angin, semakin tinggi layang-layang. Setakat mana sahaja umat kini ditimpa ujian? Belum lagi kena siksa bila nak mengamalkan Islam, belum lagi dijemur tengah panas di tengah-tengah gurun kering-kontang dan macam-macam lagi ujian umat terdahulu.

Kalau generasi awal Islam di Malaysia ini, nak pergi haji kena naik kapal tetapi bila sampai setengah jalan, portugis bakar kapal mereka.. Bukan mudah mahu membuat baik… Amat berbeza dengan kita di zaman ini. Anda kenal Christian Snouck Hurgronje? Iaitu orang Belanda yang masuk Islam untuk menghancurkan Islam sendiri(munafik). Dia di zaman penjajahan Belanda ke atas Aceh dahulu. Kata-katanya yang terkenal ialah “ Jangan letak ‘harga tinggi’ pada mereka(orang yang dijajah) “. Maksudnya, jangan dihalang orang yang mahu buat baik kerana jika dihalang, maka akan semakin kuat mereka melakukannya(bersungguh-sungguh). Jangan letakkan amalan baik itu pada ‘harga yang tinggi’. Jangan susahkan mereka untuk buat baik. Berikan kemudahan pada mereka…

Kini, kita tak diuji pun macam orang terdahulu. Senang sahaja mahu buat baik, namun kita lihatlah hasilnya bila hidup semakin senang. Ramai yang malas-malas nak pergi solat padahal surau masjid hanya beberapa minit sahaja dari rumah dan banyak lagi contoh lain. Kalau kat Malaysia ini dihalang untuk buat solat, maka mat-mat rempit tu pun turun solat berjemaah kat padang sekalipun. Kalau dahulu, jemaah haji amat digeruni jika mereka pulang ke Malaysia kerana membawa apa yang mereka dapat disana(cthnya ilmu). Namun harini, jemaah haji tidak dipandang masyarakat pun. Bagaimana jemaah haji sekarang? Mungkin ada yang berubah tapi masih ada lagi yang mahu jadi seperti sediakala(jahil). Hipokrit mungkin difikirkannya?? Muallimah dulu ada pernah cakap kalau hipokrit nak buat baik tak mengapa asalkan dia selepas itu betul-betul nak buat baik. Ada juga yang sebelum haji tak pakai tudung, balik haji pun sama sahaja tak pakai tudung. Adakah berhadapan dengan Baitullah di sana tidak memberi kesan pada hati kecil ini?? Ini semua adalah pendapat Christian Snouck Hurgronje.. Dia sudah mengkaji kelemahan kita sedangkan kita di sini masih buat tak tahu..

Kita lihat sahaja nilai ujian itu pada suatu amalan. Semakin kuat ujian menghadang, semakin tinggi nilai sesuatu perkara itu…

Semakin kuat ujian membadai semakin tinggi nilai diri..

Seperti Rasulullah dan para sahabat ...

(timbulkanlah segala hypotesis yang ada selagi anda faham entry ini)



Related Posts with Thumbnails