Author: Ahmad
•4:44 PM



Janji Allah pada umat akhir zaman ini ialah ilmu akan diangkat dari umat Islam dengan matinya ramai ulama'-ulama'.. Semalam, Ust Fathi Yakan seorang ulama' yang banyak menyuluh jalan kepada para daie di zaman kini ini telah meninggal dunia.. Al-fatihah..
Nak tahu lebih lanjut, klik sini, situ dan sana...

Moga Allah meramaikan lagi pewaris-pewaris da'wah di dunia ini...

Author: Ahmad
•8:46 AM


Seminggu yang lepas penulis banyak merantau keluar rumah mengenali 'dunia luar' yang sering dikatakan veteran-veteran terdahulu semasa penulis masih kebudak-budakan lagi..Oh, begitu rupanya. Adelah sikit-sikit belajar dari 'dunia luar' tu. Tapi ada satu perkara yang dapat digarap dari seminggu cuti lepas. Baru-baru ni penulis ada mengikuti rombongan ke Kelantan(kampung penulis) bersama keluarga besar belah mak. Memang banyak cabaran yang dilalui. Bas yang di'cop' entah ke mana menghilang, petempatan kami di rumah banglo yang disewa di sana tiba-tiba sahaja bertukar ke tempat lain, dan banyak lagi cabaran-cabaran. Sebenarnya perancangan Allah lah yang paling terbaik walaupun kita dah merancang sebaiknya tidak kiralah merancang sesuatu yang baik ataupun yang jahat. Disebalik ujian itu, ada rancangan dan hikmah yang Allah letakkan. Cuba sedari hidup anda..


Dalam perjalanan itu, banyak karakter yang penulis kenal. Ada yang pandai mengarah, mengurus, sanggup menyumbang wang dalam senyap-senyap, sentiasa memberi sokongan dan sebagainya ragam manusia ini. Andai mereka yang tiada sumbangan langsung dalam perjalanan ini(mungkin,tapi semua ada sumbangannya) mengata-
ngata akan mereka yang bersungguh-sungguh, nescaya mereka yang bersungguh-sungguh tetap akan konsisten dengan amal mereka. Tetapi, dalam senyap-senyap semua orang merasa kebaikan orang itu(mereka yang bersungguh).. Rasa bahagia mungkin? Apa-apalah.. Boleh faham keadaan ini??(kalau tak faham, cuba juga untuk faham).

Sama juga keadaannya dengan Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. Islam rahmatan lil 'alamin. Satu alam mendapat rahmat walaupun yang Islam tidaklah seramai satu alam(satu dunia pun tidak). Kehadiran Rasulullah
sebenarnya satu rahmat untuk alam ini walaupun quraisy, yahudi tidak mahu bersama dengan Rasulullah.. Adakah
sama dengan keadaan sekarang?? Sama sahaja.. Pendakwah= rahmat.Setuju? Betulkah ini?? Lihat saja dunia
sekarang. Golongan elite ini tetap akan berjalan walaupun ramai yang mahu memperkotakkatikkan mereka. Dunia tetap mendapat rahmat(kalau boleh khususkan lagi tempat) dengan kehadiran mereka. Andai golongan ini Allah mengizinkan tidak berjalan, maka kita akan lihat dunia ini tidak tenteram dan sesiapa pun tidak dapat
merasa kebenaran yang sebenarnya... Walaupun seseorang itu cerdik bagaimanapun, tetap akan ada di sudut hatinya rasa gelisah andai golongan ini tidak ada di
sekeliling mereka... Mereka(bkn golongan elite) sebenarnya amat terasa akan kehilangan golongan ini walaupun ketika golongan elite ini ada bersama mereka, mereka tidak merasa langsung kehadiran golongan ini.. Tidak hairanlah sehingga kini, dimana-mana pun ramai yang tidak merasa nikmat golongan ini ada bersama
mereka. Yang mana setiap hari golongan ini 'hidup' bersama mereka tanpa disedari, tidak penat mencurah tenaga dan wang untuk kesenangan mereka, dan sebagainya(anda sendiri boleh fikir). Dua-dua pihak untung. Sudah jelas pelangi itu, mahu dikatakan apalagi? Jangan didebatkan lagi mengapa pelangi itu muncul, lihatlah dengan merasa kebesaran-Nya...

Boleh faham entry ini??
Jangan biar otak kamu manja...
Author: Ahmad
•10:30 AM

Bukan mudah berjalan-jalan sambil menelefon seseorang lagi-lagi mereka yang senantiasa ada perkara mendatang muncul tiba-tiba dalam fikiran... 
Berapa perkara yang dibuat dalam satu masa??..
Melainkan bagi mereka yang sudah 'biasa' dengan kehidupannya menghadapi pelbagai bahasa dan kamus manusia lain padahal dalam masa yang sama dirinya juga perlu dititikberatkan samada bahasa dan kamus apakah yang sesuai digunakan dalam kehidupannya..

Bukan senang-senang mahu jadi begitu...
Cubalah jadi begitu
Barulah dikatakan hebat
Logikkah??

Related Posts with Thumbnails