Author: Ahmad
•12:18 AM

Dulunya engkau gilang gemilang,
Engkau dikenali bumi dan langit,
Engkau sarat dengan falsafah duniawi ukhrawi,
Engkau lahirkan jutaan ilmuwan,
Bertebaran di laman bumi,
Menggegar dunia yang rigid,
Menerangi dunia yang gelap malap,
Merungkai jutaan persoalan dunia,
Ya, itulah engkau khilafah Islamiah.

Engkau tumbuh dikala dunia kegelapan,
Tatkala dunia mencari penyelesaian,
Engkau beri harapan baru pada dunia,
Timur barat utara selatan kau jajahi,
Seluruh dunia tunduk pada engkau,
Pejuang-pejuang engkau bukan ratusan,
Bahkan jutaan mereka yang setia jiwa dan raga,
Berkorban demi kesinambungan engkau,
Jatuh satu ratusan berganti,
Rebah segerombolan segenerasi bangkit!

Kini engkau yatim piatu,
Tiada lagi bapa yang menaungi engkau,
Tiada lagi pembela buat engkau,
Mereka menghalau bapa engkau,
Mereka menodai keluarga engkau,
Mereka memadam sejarah gemilang engkau!
Mereka canang pada dunia,
Mereka siar pada massa,
Bahawa engkau takkan dibela,
Dan selamanya takkan terbela!

Bangkitlah wahai anak yatim,
Mencari sang bapa yang telah hilang,
Lapan puluh sembilan tahun sudah berlalu,
Diinjak hina penjajah di Istanbul,
Kutahu di sudut hatimu,
Masih punya sekelumit rasa,
Rindu pada sang bapa.


Related Posts with Thumbnails