Author: Ahmad
•12:16 AM

“ Cikgu, eksperimen ni macam tak jadi je.. Camne nak buat ‘hypothesis’nya kalau eksperimen tak jadi? “

“ Hmm… Mesti ada masalah, ada yang tak kena nih… “

“ Tak tahulah apa masalahnya. Dah buat ikut ‘step’nya dah..”

“ Takpelah, kamu buatlah ‘accepted’ ataupun ‘ not accepted ‘ “

*****************

Kalau macam itu, rugilah dia yang buat eksperimen itu. Tak dapat tengok hasilnya. Dah ikut ‘step’ pun tak jadi… Apa masalahnya??

Bayangkan, eksperimen tu hidup kita dan kita pun menjalaninya sekarang samada ‘sedar’ ataupun ‘tidak sedar’. Dalam hidup mesti ada ujian yang menimpa tak kisahlah orang itu sehebat mana, sekuat mana, sepandai mana namun mesti dia laluinya juga. Semakin lama hidup, maka ujian pun akan semakin banyak menghadang. Adakah ujian itu akan meningkatkan kita?(hypothesis). Samada ia memberi kesan atau tidak(accepted or not accepted). Fikir kembali dan cuba kaitkan dengan eksperimen. (mungkin kaitannya sedikit, tapi kita cuba ambil ‘ibrohnya sebaik mungkin)

Ada orang ujian dia lain, ada orang ujian dia senang sahaja, ada orang juga ujian dia bagai gunung menghimpap badan tak terpikul. Itulah hidup kita. Andaikata ujian tidak muncul dalam hidup kita, maka ‘mati’lah kita. Mana mungkin layang-layang dapat terbang jika tiada angin? Layang-layang akan terbang melawan arah angin. Semakin kuat angin, semakin tinggi layang-layang. Setakat mana sahaja umat kini ditimpa ujian? Belum lagi kena siksa bila nak mengamalkan Islam, belum lagi dijemur tengah panas di tengah-tengah gurun kering-kontang dan macam-macam lagi ujian umat terdahulu.

Kalau generasi awal Islam di Malaysia ini, nak pergi haji kena naik kapal tetapi bila sampai setengah jalan, portugis bakar kapal mereka.. Bukan mudah mahu membuat baik… Amat berbeza dengan kita di zaman ini. Anda kenal Christian Snouck Hurgronje? Iaitu orang Belanda yang masuk Islam untuk menghancurkan Islam sendiri(munafik). Dia di zaman penjajahan Belanda ke atas Aceh dahulu. Kata-katanya yang terkenal ialah “ Jangan letak ‘harga tinggi’ pada mereka(orang yang dijajah). Maksudnya, jangan dihalang orang yang mahu buat baik kerana jika dihalang, maka akan semakin kuat mereka melakukannya(bersungguh-sungguh). Jangan letakkan amalan baik itu pada ‘harga yang tinggi’. Jangan susahkan mereka untuk buat baik. Berikan kemudahan pada mereka…

Kini, kita tak diuji pun macam orang terdahulu. Senang sahaja mahu buat baik, namun kita lihatlah hasilnya bila hidup semakin senang. Ramai yang malas-malas nak pergi solat padahal surau masjid hanya beberapa minit sahaja dari rumah dan banyak lagi contoh lain. Kalau kat Malaysia ini dihalang untuk buat solat, maka mat-mat rempit tu pun turun solat berjemaah kat padang sekalipun. Kalau dahulu, jemaah haji amat digeruni jika mereka pulang ke Malaysia kerana membawa apa yang mereka dapat disana(cthnya ilmu). Namun harini, jemaah haji tidak dipandang masyarakat pun. Bagaimana jemaah haji sekarang? Mungkin ada yang berubah tapi masih ada lagi yang mahu jadi seperti sediakala(jahil). Hipokrit mungkin difikirkannya?? Muallimah dulu ada pernah cakap kalau hipokrit nak buat baik tak mengapa asalkan dia selepas itu betul-betul nak buat baik. Ada juga yang sebelum haji tak pakai tudung, balik haji pun sama sahaja tak pakai tudung. Adakah berhadapan dengan Baitullah di sana tidak memberi kesan pada hati kecil ini?? Ini semua adalah pendapat Christian Snouck Hurgronje.. Dia sudah mengkaji kelemahan kita sedangkan kita di sini masih buat tak tahu..

Kita lihat sahaja nilai ujian itu pada suatu amalan. Semakin kuat ujian menghadang, semakin tinggi nilai sesuatu perkara itu…

Semakin kuat ujian membadai semakin tinggi nilai diri..

Seperti Rasulullah dan para sahabat ...

(timbulkanlah segala hypotesis yang ada selagi anda faham entry ini)



Author: Ahmad
•7:34 PM
Assalamualaikum w.r.t... Ramadhan semakin lama semakin berlalu hari demi hari. Setiap hari berganti hari yang sama sahaja ganjarannya dan tak kurang sedikit pun. Semalam, hari ini dan esok semuanya sama tapi yang bezanya ialah diri kita. Adakah semakin baik, constant, ataupun semakin buruk mungkin? Semoga kita semua dapat menggarap segala ganjaran yang ditawarkan Allah pada kita bak promosi 'pahala' pada bulan Ramadhan ini..

Beberapa hari yang lepas, penulis solat tarawih di Masjid Negeri di Shah Alam. Berbagai ragam manusia yang solat di situ. Ada yang penulis lihat, solat bersama tapi rambutnya berwarna perang(dye). Penulis terfikir sejenak. 'Adakah air wuduk yang diambil mamat tu kena rambutnya? ataupun diserap rambut/kulit kepala(apa2lah)? 'Sedangkan yang penulis belajar di sekolah, rambut yang berminyak tak boleh serap air manakan wuduknya sah? (mahu tengok,datanglah sendiri ke masjid negeri)..

Ada juga yang duduk-duduk dan tidak bangun untuk solat sunat rawatib selepas Isya'. Penulis sekali lagi terfikir ' Ramadhan pun tak nak bangun solat?' 'solat sunat pahalanya seperti solat wajib pun masih tidak terkesan?'.. Usahkan dikata selepas Ramadhan berubah sedangkan semasa Ramadhan pun gaya 'macam' malas2 nak buat amal. Kalau benarlah seseorang tu nak berubah, maka dia akan berusaha sungguh2 nak buat amal. Jangan risau, sesiapa yang nak buat baik, Allah akan tolong. Allah sangat2 nak kita minta ampun pada-Nya dan beramal pada-Nya. Sampaikan promosi ni sangat2 menguntungkan kita. Masalahnya, adakah kita mahu buat atau tidak. Timbul persoalan, mengapa Ramadhan tidak berkesan? Sendiri boleh fikir...

Sungguh! Umat ini sangat rapuh! Bila-bila masa sahaja akan hancur dek kehujanan dunia..

"Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda"
(Hasan Al-Banna)

" sejenak memikirkan umat "
" mengambil iktibar dan terus bertindak "

" mahu menunggu apa lagi?? "

Author: Ahmad
•9:46 AM

Alhamdulillah, kini diri ini benar-benar berada di dalam bulan RAMADHAN. Tak semua merasainya bahkan yang bertemu pun masih belum bersedia menerimanya..

Setiap orang melalui Ramadhan mereka tersendiri. Samada memanfaatkannya atau tidak. Teringat pula satu kata2 dari ibn Rajab(mafhum):

" Celakalah bagi sesiapa yang tidak mendapat keampunan di dalam bulan Ramadhan "

Ramadhan itu terpulang kepada sesiapa yang melaluinya. Menjadi keampunan, rahmat, celaka dan sebagainya..
Inilah masa untuk kita berubah!
(bagi sesiapa yang mendambakan perubahan yang sekian lama tidak hadir dalam dirinya)
(yang sudah berubah pun, apa salahnya berubah lebih baik daripada sebelum ini)

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum2 ini!

' bukan senang mahu bertemu Ramadhan '
Related Posts with Thumbnails