Author: Ahmad
•7:48 AM


Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri samada yg kita sedar ataupun tidak..

Ingin saya mulakan dengan beberapa persoalan:
Bagaimana suasana dunia yang anda lihat sekarang?
Bagaimana keadaan umat Islam yang anda kenal dan ketahui sekarang?
Setakat mana cakna kita terhadap saudara-saudara kita samada yang ditindas mahupun yang sedang bersenang lenang dalam rumah besar??
Apa yang kita cakna sebenarnya?

Cakna kita sebenarnya bukan cakna juz'iyyah dan cakna sebahagian sahaja. Cakna kita pada keseluruhan umat Islam. Mungkin yang hanya difahami daripada cakna itu adalah cakna pada umat Islam yang ditindas sahaja. Sebenarnya ia merangkumi keadaan keseluruhan umat Islam.

Cakna pada saudara yang ditindas, yang senang lenang, yang sedang ingin memahami Islam, masyarakat sekeliling kita, pemerintah, ahli keluarga, dan sebagainya. Seseorang muslim itu tidak sempurna caknanya jika hanya pada sebahagian saudaranya sahaja (contoh: Palestin sahaja). Ia menjadi sempurna apabila kita cakna pada saudara seislam yang jauh (contoh: Palestin) mahupun dekat (masyarakat). 

Sebagaimana cakna Rasulullah pada para sahabat. Baginda bukan sahaja mengambil berat terhadap sahabat yang berada di sekelilingnya bahkan sahabat yang mengembara juga baginda ambil tahu. Bagaimana keadaan penduduk Yathrib sebelum hijrah nabi, bagaimana keadaan sahabat di Habsyah berhadapan dengan raja Najasyi dan sebagainya. Dan sudah pasti keadaan sahabat sekeliling baginda amat baginda ketahui. Tepat sekali hadith baginda Ar-Rasul:

من لم يهتمّ بأمر المسلمين فليس منهم
[ Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum Muslimin, maka bukanlah di kalangan mereka(muslimin) ]


Dunia kini hanya di hujung jari. Perkembangan teknologi semakin lama semakin memudahkan manusia. Hanya klik sahaja seluruh dunia mampu ditelusuri. Tapi dengan kemudahan itu, tidak ramai yang menjadikannya sebagai media maklumat keadaan dunia Islam kini. Tetapi ramai yang lebih 'prefer' kepada meluahkan perasaan, berkongsi suka duka di laman sosial dan terkurung dalam dunia mereka sendiri. Dunia Islam yang sedang bergolak di luar, suasana umat Islam di Malaysia dan sebagainya seolah-olah fatamorgana kerana dianggap tiada kaitan terhadap dirinya sendiri. Dunianya kecil dan semakin kecil disebabkan dirinya sendiri. Sibuk 'post' tentang diri sendiri, sibuk menatap gambar-gambar dirinya dan rakan-rakan. Dimana Palestin di hatinya? Dimana agenda perjuangannya? Dimana perjuangan umat Islam di bumi lain?

Akhirnya kita berbalik kepada tujuan kehidupan kita sendiri. Akhirnya kita berbalik kepada cara kehidupan Rasulullah S.A.W. Bagaimana baginda menjadi qudwah kepada umat. Bagaimana ketika baginda menghadapi sakaratul maut, baginda sanggup meminta agar ditimpakan kesakitan sakaratul maut umatnya kepada baginda sendiri. Dan tentunya sangat menyayatkan hati kita apabila kata-kata terakhir baginda ialah ummati, ummati, ummati.

Saya bukanlah orang yang paling cakna dan anda bukanlah orang yang tidak cakna pun pada isu umat. Cumanya yang perlu diamati ketika ini adalah apa keutamaan kita saat ini. Apa yang rakan kita dan masyarakat sibuk-sibukkan ketika ini. Dengan munculnya laman sosial, mungkin lebih ramai yang sibuk meluahkan perihal diri berbanding mengambil tahu hal umat Islam. 


Akhirnya agenda ini terpikul di bahu kita. Kita sendiri yang perlu gerakkan rakan mahupun masyarakat kita. Sebarkan isu semasa, dalami ijtihad-ijtihad terkini. Kita bukan ketinggalan zaman jika kita tak mengikut trend masa kini tapi kita dianggap ketinggalan zaman jika tak tahu isu semasa. 

Palestin, Mesir, Syria, Malaysia, Libya.. Ada tahu berita?


Just scrolling and you updated
Keep updated with current issue.


Author: Ahmad
•7:29 AM



Assalamualaikum w.r.t

Salam Eid Adha 1432H

Eidul Adha tidak boleh tidak mesti dikaitkan dengan korban. Dan korban pula tidak boleh tidak mesti dikaitkan dengan nabi Ibrahim dan anaknya, nabi Ismail.


Saya pula mahu mengaitkan korban dengan kisah nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Pada awalnya nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah. Tetapi dengan kuasa Allah, sehingga umur nabi Ibrahim 80 tahun, Sarah tidak dapat melahirkan zuriat. Akhirnya Sarah meminta nabi Ibrahim agar mengahwini perempuan lain lantaran tiada zuriat. Setelah itu, nabi Ibrahim mengahwini Siti Hajar. Nabi Ibrahim mengahwini Hajar bukan semata-mata suruhan Sarah tetapi itulah kehendak Allah padanya.

Setelah beberapa bulan, akhirnya Hajar melahirkan anak iaitu nabi Ismail. Kian hari, rasa cemburu Sarah terhadap Hajar kian menebal lantaran kelahiran Ismail. Kemudian Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu. Lalu Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan anak mereka menuju ke Baitul Haram.

Sampai di kawasan bukit sofa dan marwah, Allah mewahyukan nabi Ibrahim agar meninggalkan Hajar. Ketika Ibrahim mahu meninggalkan Hajar dan Ismail, Hajar sempat lagi bertanya adakah ini wahyu dari Allah? Nabi Ibrahim mengiyakan. Hajar redha dan yakin bahawa Allah akan menjaganya dan anaknya, Ismail.
Setakat itu sahaja.
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

TAWAKKAL
Kita lihat bagaimana nabi Ibrahim sanggup meninggalkan Hajar dan Ismail tanpa apa-apa bantuan. Lebih-lebih lagi di situ tiada pokok dan air langsung! Betapa tingginya tawakkal seorang bapa terhadap keluarganya. Nabi Ibrahim juga tidak memberitahu bilakah baginda akan pulang kepada keluarga. Lihat juga bagaimana keyakinan Hajar akan penjagaan Allah pada dirinya dan Ismail yang ditinggalkan di padang pasir yang kontang. Tawakkal yang melepaskan kita dari segala resah gelisah dunia.

CINTA
Cinta nabi Ibrahim pada Allah melebihi segalanya. Melebihi cintanya pada isteri kesayangannya yang dapat melahirkan zuriat, melebihi cintanya pada satu-satunya zuriatnya iaitu Ismail. Cinta yang lain akan terkalahkan oleh cinta pada Allah. Sebab itu nabi Ibrahim sanggup meninggalkan Hajar dan Ismail kerana ia adalah suruhan Allah. Mampukah kita melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, amar maaruf nahi mungkar etc dengan meninggalkan cinta pada dunia? Saya muhasabah, anda juga muhasabah.

Batu bukit Safa yang masih kekal disitu telah dipagari oleh dinding kaca..


REZEKI
Semasa nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di bukit sofa & marwah, baginda berdoa agar Allah mengurniakan buah-buahan pada Hajar dan Ismail. Padahal mana ada langsung pohon mahupun tumbuhan di situ! Setelah berlalu masa yang agak lama, datang pedagang ke situ kerana menyedari burung-burung berterbangan di atas langit menunjukkan di situ ada air. Air itu adalah air zamzam yang diperoleh dari kaki nabi Ismail. Akhirnya pedagang yang datang membawa buah-buahan ditukar dengan air zamzam milik Hajar. Lihat bagaimana Allah memberi rezeki buah itu pada Hajar dan Ismail bukan sebab adanya pokok yang berbuah, tetapi buah yang dibawa oleh pedagang dari tempat lain. Yakinlah, rezeki bukan hanya pada kerja etc sahaja bahkan Allah mampu mengurniakan rezeki dari tempat yang tidak disangka.

KORBAN
Keseluruhan cerita ini membawa kita kepada suatu makna yang amat tinggi. Iaitu korban. Korban dalam banyak aspek. Korban dari segi jiwa, harta, fikiran, kemahiran etc. Ini semua telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul sebelum ini. Nabi dan rasul tidak mendapat ganjaran dunia pun apabila mereka berdakwah. Berdakwah tidak menjanjikan harta yang banyak pun, rumah yang besar pun, kenderaan yang mewah pun, tetapi ia menjanjikan darjat yang sangat tinggi bila di akhirat nanti.

Biarlah fikiran kita penat hampir setiap masa memikirkan hal umat dan dalam masa yang sama orang lain bersenang lenang selepas kerja yang penat,
Biarlah kita hidup dalam sederhana lantaran orang lain bergaji tinggi dan hidup mewah,
Biarlah kita berkorban perasaan dan jiwa apabila dicaci maki orang lain apabila beramal dakwah,
Biarlah kita kekurangan duit lantaran infak pada jalan Allah,
Biarlah kita penat lantaran menggunakan kemahiran dalam memperjuangkan Islam,

Ini kerana korban tidak menjanjikan kesenangan. Hakikatnya kita sedang menempah suatu yang amat-amat berharga dan amat tinggi nilainya di sisi Allah walaupun rendah nilainya di sisi manusia. Iaitu pengampunan Allah, keredhaan Allah, syurga Allah dan banyak sangat sampai tak terhitung nikmat-Nya.
Ada seorang sahabat semasa perang Tabuk, beliau tak mampu berkorban dengan harta yang banyak sepertimana sahabat lain. Akhirnya sahabat itu hanya mampu menyumbang sebiji kurma. Sebiji kurma itu pun sudah hampir separuh hartanya. Sangat tidak mampu. Namun, pasti Allah ganjari pengorbanannya walaupun hanya sebiji kurma. Sangat pasti!

Pengorbanan dalam bahasa arab disebut At-Tadhiyah. Ia juga adalah salah satu rukun baiah Ikhwan Muslimin yang diletakkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Sungguh bermakna.

Yakinlah saudaraku, pasti ada ganjaran Tuhan pada mereka yang berkorban.


JALAN NEON (vid pasal korban)
video
Author: Ahmad
•7:20 PM

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.
Kif hal? Semoga semuanya sihat belaka.

Alhamdulillah, syukur kerana kita masih lagi diberi nyawa untuk terus beribadah pada-Nya dan masih lagi diberi peluang untuk mengislahkan diri.

Saya baru sahaja selesai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 baru-baru ini. Alhamdulillah, segala yang memudahkan itu datang dari Allah. Moga Allah tentukan natijah yang terbaik buat diri ini. Buat rakan-rakan, jangan kecewa dek stam yang sudah berlalu. Pandanglah kehadapan dan buatlah perancangan kehidupan seterusnya.

Perasaan yang sangat lega apabila melepasi STAM ni. Di situ, saya bukan sahaja belajar teori agama sahaja bahkan belajar praktiknya. Suasananya boleh saya katakan lebih kurang sama dengan suasana di sekolah menengah dahulu. Pembelajaran memang lain, cuma yang hampir samanya ialah dari segi suasana Islami yang ada. Biah solehah yang membantu bahkan disitu juga saya mula bergaul dengan masyarakat luar dan menghadapi juga masalah dan krisis remaja(mungkin).

"Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedkit yang mampu bersabar ketika beramal.dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad"

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

(
Imam Hasan Al-Banna)


Benarlah juga firman Allah bahawa seseorang itu belum terbukti beriman kecuali setelah datangnya ujian. Ya, masalah dan krisis umat itulah ujiannya. Mungkin sebelum ini hanya bergelumang dengan orang-orang baik sahaja, namun kini sudah pun berpengalam
an bersama orang-orang yang bermasalah. Tak kira masalah kecil mahupun besar. Banyak juga saya pelajari dari fasa ini.

Antara apa yang saya pelajari pada fasa ini ialah;

1) Belajar bergaul dengan semua golongan dan semua tahap pemikiran.

2) Melatih diri berperanan pada orang sekeliling sama ada dalam pembelajaran mahupun selainnya.

3) Qudwah adalah sebaik pengajaran. Walaupun tak mampu berhujah/berkata-kata, hanya qudwah sudah cukup.

4) Mampu berdikari lantaran jauh dari keluarga. Berdikari dari sudut teknikal mahupun rohani.

5) Sedar bahawa saya juga perlu beruzlah. Cumanya bukan seperti uzlah Rasulullah di gua Hira' tetapi uzlah syu'uri(perasaan).

6) al ilmu fish shudur la fiss sutur (ilmu di hati bukan pada tulisan/kitab).

7) Melatih diri untuk bersikap terbuka(open) terhadap pandangan orang lain.

8) Mengenali waqi'(suasana) masyarakat setempat dan bermuayyasah(hidup) bersama mereka.

9)Dan banyak lagi..

Moga momentum kali ini dapat berterusan sehingga fasa berikutnya. Ameen ya Rabb.

Author: Ahmad
•2:07 AM

Assalamualaikum w.r.t.

Eid Sa'eed. Taqabbalallahuminna waminkum.

Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah dan menjadi saksi & bukti bahawa kita bersungguh-sungguh untuk mencari keampunan-Nya.

Alhamdulillah sampai pun kita pada Aidilfitri. Bukanlah yang berhak meraikan Aidilfitri itu yang berbaju baru, tetapi mereka yang mempunyai taqwa yang baru. Jika amalan Ramadhan kita tidak dapat diteruskan selepas Ramadhan, itulah hamba yang Ramadhani. Jika dapat diteruskan, itulah hamba yang Rabbani. Jika kta mampu membaca al-Quran sewaktu Ramadhan, usahalah juga agar kita mampu untuk membacanya pada waktu selain Ramadhan. Dan amalan-amalan lain juga.

Semoga Ramadhan memberi kesan kepada kita dalam mengharungi 11 bulan hadapan. Doakan juga agar dapat bertemu Ramadhan akan datang.
Author: Ahmad
•9:06 PM

Hati melonjak riang..
Tatkala musim ini semakin menghampiri,
Tak sabar rasanya,
Melalui penggal-penggal pengajian,
Yang istimewa,
Pengajian rohani,
Mendidik peribadi,
Mengasuh jiwa,
Pengajian di sekolah Ramadhan,
Yang bervisikan pengajian taqwa.

Aku adalah antara yang bertuah,
Kerana masih berpeluang ke sekolah ini,
Walaupun aku tak mampu,
Membayar yuran mujahadah yang tinggi,
Namun biasiswa yang dijanjikan,
Cukup lumayan,
Rahmah untuk semester pertama,
Maghfirah untuk semester kedua,
Dan semester akhir diberi bonus,
Jaminan perlepasan api neraka.

Aku perlu menguatkan jiwa untuk meneruskan,
Pengajian di sini,
Menepis hawa yang menduga,
Dan nafsu yang menggoda,
Sememangnya hari-hari yang dilalui,
Begitu sukar,
Ujian dan cubaan perlu dihadapi,
Dengan bekalan iman,
Sementara pentaksir agung Yang Maha Esa,
Terus mentaksir diriku.

Kebaikan yang dilakukan mendapat gandaan mata,
Kitab kalamullah menjadi bacaan harian yang wajib,
Manakala kerja kursus qiamullail,
Ujian lisan di siang hari dan amali sedeqah,
Bakal dinilai dan menjadi penentu gred.

Setelah begitu lelah di siang,
Nikmat berbuka bukan pada air yang menghilangkan haus,
Bukan juga pada makanan yang mengenyangkan,
Tetapi nikmatnya sewaktu kedengaran azan maghrib,
Merasakan selesai sudah tanggungjawab puasa,
Pada malamnya pula,
Tarawih merehatkan jasad juga minda,
Waktu rehat merupakan saat yang dinanti-nantikan,
Makanan tarawih dan minuman witir dihidangkan,
Hanya jiwa yang khusyuk,
Dapat merasai kelazatannya.

Semester terakhir amat mendebarkan,
Satu malam yang diganjarkan dengan seribu bulan dirahsiakan,
Hanya jiwa yang hidup mampu merebutnya,
Menjadikan malam itu miliknya,
Dan sisa-sisa persekolahan di sini bakal berakhir,
Sayu dan rindu,
Meninggalkan musim ibadah ini,
Moga ketemu lagi,
Di penggal hadapan,
Di sekolah Ramadhan,

*diedit dari risalah BADAR sekolah dahulu

Ramadhan Karim,
Allahu Akram.

Author: Ahmad
•7:41 AM
Assalamualaikum w.r.t.

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan manusia dan mematikan manusia serta mempunyai kehendak dan kudrat yang mutlak. Tiada apapun yang setanding dengan-Nya.


Alhamdulillah abang saya sudahpun membina masjid(istilah kontemporari) maknanya telah berumahtangga. Tahniah saya ucapkan. Daripada fard muslim beransur kepada baitul muslim. Semoga baitul muslim yang terbina menjadi tangga kepada perjuangan umat Islam. Kalau sebelum ini, mungkin berfikir hanya untuk diri sendiri tetapi setelah berumahtangga, fikiran sudahpun perlu menjangkau lebihii dari diri sendiri. Kalau memikirkan pendidikan agama(tarbiyah), bukan hanya fikirkan untuk diri sendiri sahaja tetapi fikirkan juga pendidikan agama buat zaujah dan anak-anak.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير.

Semoga apa yang telah dididik sebelum ini, mampu diteruskan walaupun setelah ber'baitul muslim'. Jagalah hak Allah, Allah akan menjaga kamu. Teringat saya akan sebuah kuliah semasa di sekolah menengah dahulu. Penceramah mengatakan bahawa jika kita menjaga hak-hak Allah semasa kita kecil (cth: tutup aurat, solat dll), maka Allah akan menjaga kita ketika tua (cth: diri kita masih istiqamah memakai tudung untuk perempuan walaupun ketika itu kita nyanyok dan tersangat tua. Amalan wajib masih lagi terjaga ketika tua kerana masa mudanya dirinya istiqamah dan tekun melaksanakan kewajipan agama.
Tangga perjuangan umat Islam telah digariskan oleh Imam Hasan Al-Banna iaitu;

1. Fardu Muslim (individu muslim)
2. Baitul Muslim (keluarga muslim)
3. Mujtami' Muslim (membimbing masyarakat)
4. Islah Daulah (Membaiki Kerajaan)
5. Daulah Islamiyyah (Kerajaan Islam)
6. Khalifah Islamiyyah (Khalifah Islam)
7. Ustaziyatul 'Alam (Pembimbing 'Alam)

Jujurnya saya jeles dengan ibu ayah saya kerana mereka berjaya membina baitul muslim dan mendidik sekeluarga dengan didikan Islami. Kerana mereka telah melepasi tahap baitul muslim, dan kita sendiri belum tentu lagi samada dapat merealisasikan baitul muslim ataupun tidak. InsyaAllah dengan bantuan Allah kita mampu. Baitul muslim adalah antara nikmat terbesar di dunia kerana ia mampu menyelamatkan sebuah keluarga dari neraka dan memasukkan semua ahlinya ke dalam syurga. Sangat nikmat kan?.

Alangkah seronoknya apabila satu keluarga dapat masuk ke syurga lantaran didikan dalam keluarga yang berlandaskan syariat. Sejuknya mata dan hati melihat baitul muslim-baitul muslim yang terbina. Sangat bertepatan dengan firman Allah iaitu:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا
"wahai orang-orang beriman, selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada neraka"
[Tahrim:28]

bersama kawan vandy

Di tengah-tengah pergolakan umat Islam serata dunia, masalah-masalah yang melanda penganutnya, dan sebagainya, kehadiran baitul muslim menerbitkan semula harapan dan kebangkitan kepada perjuangan umat Islam yang sedang lena tidur ini. Bukan mudah hendak membina baitul muslim di zaman fitnah ini. Hanya dengan tarbiyah dan bantuan Allah, ia mampu direalisasikan. Baitul muslim juga mampu menjadi contoh kepada institusi keluarga yang lain.

Inilah yang diajarkan oleh agama kita sendiri. Sehinggakan umat lain mampu mencontohi sistem Islam ini. Syukurlah kerana kita Islam, kerana kita lahir dari baitul muslim. Dan nanti, kita juga yang akan kembalikan 'cycle' tersebut (baitul muslim).
Author: Ahmad
•1:16 AM


Assalamualaikum w.r.t.
Apa khabar? InsyaAllah sihat semuanya.

Post ini khusus ditujukan buat diri saya dan rakan saya yang baru dalam dunia universiti. Umumnya untuk semua.

Suasana belajar sudahpun bermula bagi sebahagian besar rakan-rakan saya sama ada yang masuk matrikulasi, asasi, stam, diploma, sarja
na dan sebagainya. Masih juga ada sebahagian kecil yang belum menerjah ke dunia IPT dan masih menunggu rezeki yg belum mampir. Ada juga yang bekerja demi mencari sedikit sebanyak wang untuk masa depannya(IPT,oversea,kahwin?)..

Alhamdulillah dan tahniah buat rakan-rakan saya yang telah mendapat peluang ke IPT.

Ingin saya berkongsi sedikit sebanyak persiapan bagi diri saya terutamanya dan bagi pembaca juga. Sebenarnya saya tidak layak untuk memberi sedikit sebanyak persiapan tetapi merasa terpanggil untuk berkongsi kerana saya juga menghadapi suasana yang sama. Saya bukan ingin berkongsi tentang persiapan teknikal tetapi hanya persiapan untuk hadapi suasana sahaja. Perkongsian ini juga terdapat pesanan abg-abg dan senior-senior.

Dunia IPT amat berlainan dengan dunia sekolah. Mungkin di sekolah kita mudah ditegur dan dibantu oleh senior tetapi di IPT kita sendiri yang jaga diri sendiri. Andai kita bermasalah, kita sendiri yang selesaikannya
. Sukar untuk mencari individu yang sentiasa mengambil berat terhadap kita di IPT. Suasana yang amat berlainan dengan sekolah.

Pesan saya, carilah kawan yang baik ataupun diistilahkan sebagai kawan akhirat. Kawan akhirat bermaksud kawan yang mampu mengingatkan kita ketika kita lalai. Yang mengingatkan tentang Islam dan sebagainya. Carilah kawan akhirat kerana jika tidak dicari, sukar untuk mendapatkannya. Berlainan dengan kawan dunia, tidak dicari pun sudah dapat... Kawan dunia juga tidak dilup
akan. Tidak salah mencari kawan dunia tetapi kawan akhirat pastikan ada.

Pesan saya juga, jagalah amal fardi. Contohnya solat berjemaah, bacaan al-Quran, qiamullail, sedekah, zikir pagi petang, puasa sunat dan sebagainya. Kerana apa? Kerana itulah yang akan menjaga kita. Yang mampu meningkatkan iman, menambah pahala di samping mendapat redha Allah. Tanpanya
, kita akan kekurangan bekalan akhirat dan juga mudah larut dengan kehidupan yang melalaikan. Seperti budaya barat, masalah sosial dan sebagainya.

Yang terakhir, kekalkanlah kelainan kita berbanding orang lain. Kelainan apa? Kelainan pengamalan Islam dan kefahaman Islam yang kita dapat. Mungkin sebelum ni ramai antara kita yang sudah mendapat
pendidikan Islam yang syumul di sekolah-sekolah agama lebih-lebih lagi yang swasta. Itulah antara nikmat yang Allah beri tanpa kita sedar dan Allah tidak memberi kita sia-sia. Ada tujuanny
a iaitu untuk membentuk peribadi muslim dalam diri kita. Tidak ramai yang mendapat nikmat tersebut. Dan rugilah bagi sesiapa yang telah mendapat nikmat tersebut dan melupakannya.
Kelainan itulah yang perlu dikekalkan. Ataupun istilah arabnya 'tamayyuz' yang bermaksud perbezaan (banyak lagi maksud lain tapi yang nak difokuskan ialah yang bermaksud perbezaan). Jangan jadi seperti lalang yang apabila ditiup angin, ia juga melentok mengikut arah angin. Contohnya apabila budaya barat meluas, kita juga terpengaruh dengannya dan terikut sekali arusnya. Mana pergi budaya Islam kita yg agung?

Ini hanya sedikit coretan semasa yang mampu saya coretkan. Semoga kita berjaya menempuh dunia IPT yang penuh cabaran bukan sahaja cabaran belajar, tetapi juga cabaran-cabaran yang menguji iman seperti perempuan, suasana tidak soleh dan sebagainya.

Kitalah penentunya. Anda mampu mengubahnya!

Author: Ahmad
•12:33 AM

Assalamualaikum w.r.t.

Apa khabar? Semoga semuanya sihat Alhamdulillah. Andainya anda sakit, bersyukurlah kerana itu peluang yang Allah beri untuk kafarah dosa-dosa anda.

14 Mei 1948: Pengumuman Penubuhan Negara ‘Israel’.

15 Mei 1948: Hari Nakbah Palestin.

15 Mei 2011: Intiffadhah Ke-3 Palestin.

16 Mei 2011(setiap tahun): Hari Guru.

Antara 4 tarikh penting yang diingati ramai pada bulan Mei ini. Banyak lagi munasabat(sempena) pada bulan Mei ini tetapi penulis nukilkan 4 tarikh ini sahaja untuk penulisan kali ini.


Penubuhan Negara ‘Israel’


Pada 15 Mei 2011, penulis mengambil masa untuk update berita melalui Twitter. Terlihat pada satu fakta yang menarik,

Dari 10 negara ASEAN, ada 3 negara yang belum mahu mengakui ‘Israel’ sebagai negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.


Tahniah pada 3 negara ASEAN ini kerana masih ada sekelumit iman dengan tidak mengiktiraf negara Israel. Andainya mereka iktiraf, mungkin mereka mendapat bantuan dan kesenangan dari Israel sendiri. Tetapi inilah ilham ataupun iman yang masih memancar dalam diri pemimpin ketika itu untuk tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Bagaimana sebuah bangsa yahudi yang dibenci oleh semua agama suatu ketika dahulu tetapi menjadi kuasa besar harini? Bahkan mampu menubuhkan negara dan memaksa dunia untuk mengiktiraf mereka?? Teringat penulis akan kisah sewaktu penyerahan kunci kota suci Al-Aqsa(Jerusalem) daripada Bishop Sophronious kepada khalifah Umar AlKhattab. Dengan bangganya si Sophronious berkata,

“ Saya tidak pernah menyesali penyerahan kota suci ini, kerana saya telah menyerahkan kepada ummat yang lebih baik.” (sumber: buku Knights Templar)

Ketika itu satu dunia menentang kaum yahudi tidak kira agama apa. Sehinggakan pihak kristian pun mengiktiraf Islam dan tidak mahu yahudi menduduki Al-Quds. Tetapi kita pada zaman kini seolah-olah tertutup dari sejarah buruk mereka. Kajilah sejarah, anda akan tahu kisah sebenar dunia zaman kini. Tak perlu dinukilkan panjang lebar penubuhan negara ‘Israel’ disini.

*********

Nakbah Palestin

Nakbah yang bermaksud ‘malapetaka besar’ juga satu tarikh yang sangat penting dalam sejarah Palestin dan umat Islam. Ketika itu 60% rakyat Palestin dihalau dari tanah air mereka sendiri dan berlakunya pembunuhan yang sangat kejam yang memaksa rakyat Palestin untuk mencari tempat perlindungan selain Palestin lantaran kekejaman Israel ini. Kini genap 63 tahun berlalunya Nakbah Palestin. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90% dari keseluruhan bumi Palestin. Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian sejak 63 tahun lepas. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai dalam sejarah peradaban dunia.

Banyak lagi fakta-fakta dan cerita-cerita yang belum dinyatakan. Sebenarnya penulis tak merancang untuk menceritakan secara detail tentang Nakbah Palestin tetapi cukuplah sekadar gambaran umum untuk tarikh ini. Diharapkan pembaca dapat mengkaji lebih dari ini di zaman dunia di hujung jari ini. Cuma mahu tak mahu sahaja.

“ Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal umat Islam, bukanlah di kalangan mereka(muslimin).” -Hadith arRasul-

****************

Intifadhah Ke-3 Palestin

15 Mei 2011 ialah tarikh Intifadhah Ke-3 Palestin. Kalau intifadhah sebelum-sebelum ini dilakukan oleh rakyat Palestin sendiri, intifadhah kali ini dilakukan oleh satu dunia khususnya di Mesir. Sebab itu dinamakan 3rd International Intifadhah Palestine. Beruntunglah mereka yang berada di Mesir kerana dapat melihat sendiri intifadhah ini. Tapi kita di Malaysia seakan-akan tertutup dari berita-berita tentang intifadhah ini.Perkembangan yang dikuti juga lambat berbanding negara lain(mungkin). Mengapa ya?

Kami di Malaysia sangat terkesan dengan perkembangan ini. Kalau boleh mahu ke sana melihat dengan mata sendiri, tapi apakan daya. Cukuplah sekadar menyebarkan maklumat tentang intifadhah ini, menyedarkan orang sekeliling dengan isu ini dan mengikuti perkembangan melalui media massa. Jasad kami tidak di sana, tetapi jiwa kami sentiasa bersama anda wahai pejuang Palestin!

************

Hari Guru dan Palestin


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

-sajak Usman Awang-


16 Mei setiap tahun merupakan tarikh signifikan bagi para guru. Inilah hari mereka. Terima kasih kepada guru dan murobbi kita kerana tanpa mereka, tidaklah kita seperti ini. Sepatutnya kita sendiri yang jumpa mereka dan berterima kasih bukan hanya menunggu guru untuk datang ke majlis formal dan melihat mereka berucap sambil mulut kita bisu malu untuk memberi penghargaan.

Teringat pada suatu ketika, seorang ulama dijemput oleh sultan/pemerintah untuk mengajarnya di istana. Namun ulama tersebut menolak dan berkata ilmu perlu dicari bukan didatangi.

العلم يأتي ولا يؤتى
(ilmu didatangi bukan mendatangi)

Antara tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah menjadi seorang guru yang mendidik umatnya untuk mengakui keesaan Allah dan membuktikan pengakuannya itu dengan menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Tedapat tiga proses penting yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini ialah tilawah (baca), ta’lim (mengajar) dan tazkiyyah (pembersihan). Gabungan tiga unsur ini ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat:

Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. (QS al-Jumu’ah)

Melihat perkembangan di Palestin dan kaitannya dengan hari guru amat rapat dari segi pendidikan. Pendidikan sangat penting dalam pembentukan masyarakat yang soleh wa musleh. Guru yang paling besar peranannya ialah ibu bapa sendiri. Di Palestin, anak-anak kecil dilatih untuk menghafal al-Quran, rajin pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan nilai-nilai islami yang lain. Pendidikan yang seperti inilah yang mampu mencetak generasi pejuang Palestin yang sehingga kini Israel tidak berjaya menguasai bumi suci ini disebabkan mereka.

Kalau tentera Abrahah dikalahkan dengan batu-batu yang dihujani oleh burung-burung kecil Ababil, tentera Zionis yahudi tidak berjaya menguasai Palestin kerana balingan batu oleh anak-anak kecil Palestin. (kata-kata khatib solat jumaat di Masjid Solatiah, Ipoh, Perak pada 13 Mei 2011)

Anak-anak kecil Palestin inilah yang digeruni zionis. Beg mereka yang dibawa ke sekolah bukan dipenuhi dengan buku tetapi BATU. Andainya jika di pertengahan jalan terserempak dengan tentera Zionis, itulah peluang untuk mereka baling batu. Inilah tarbiyah yang mengesani diri mereka. Sepatutnya anak-anak kecil di zaman kini perlu melihat dan mengambil contoh dari anak-anak kecil di Palestin . Bukan contoh membaling batu, tetapi contoh pendidikan tarbiyah yang dilalui yang hasilnya kita lihat keberanian anak kecil Palestin berhadapan kereta kebal zionis. Kalaulah anak kecil di Malaysia ini berhadapan dengan kereta kebal, belum berhadapan lagi rasanya sudah menangis ketakutan.

Inilah yang dihasilkan oleh rahim Palestin. Ibu-ibu disana sangat berbangga dengan ramainya anak yang dilahirkan mereka lebih-lebih lagi jika ramai bilangan anaknya yang syahid. Setiap tahun peningkatan bayi meningkat di Palestin. Ini menunjukkan kelahiran generasi pejuang yang sangat ramai di bumi suci ini pada masa akan datang. Tarbiyah yang dilalui juga bukan hanya peranan ibu sahaja, tetapi peranan bapa dalam ketegasan beragama juga mendorong keberkesanan dalam proses pendidikan(tarbiyah) keluarga.

Kita adalah guru kepada umat. Kitalah yang mengajar umat tentang Islam, memacu tenaga umat kearah merealisasikan cita-cita Islam, mencari potensi-potensi yang tersembunyi dalam diri umat, memberi pendidikan syumul dalam membina generasi rabbani, memandu umat ke jalan yang lurus, mengeluarkan umat dari perhambaan manusia kepada manusia kearah perhambaan manusia kepada Tuhan, membangkitkan roh-roh yang sedang lena dibuai dunia, dan banyak lagi tugas-tugas kita sebagai guru kepada umat. Tepatlah kata-kata Imam Hasan Al-Banna,

“ Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada.”

Lalu, bagaimana pula proses pendidikan(tarbiyah) kita? Adakah generasi yang dilahirkan kini mampu merealisasikan cita-cita Islam di masa hadapan nanti? Apakah kita sendiri sebagai guru kepada umat benar-benar melaksanakan amanah ini?

Semuanya bermula dari kita sendiri. Andai kita sendiri tidak mahu merealisasikan cita-cita Islam pada zaman ini, jangan harap generasi masa hadapan akan laksanakan cita-cita Islam.

Author: Ahmad
•9:01 PM
Assalamualaikum w.r.t.
Kif hal? InsyaAllah sihat semuanya.

Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.
Tarikh 1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi
Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.
Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei? Kenapa tidak 1 Jun, Julai atau Ogos?

Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati
Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.
Apakah Illuminati ?
Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.
Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.
Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia
Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.
Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.

Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia
Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.
Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.
Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.

Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller
Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.
Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.
Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.
Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta
Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.
Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi.
Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio
Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.
Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”-Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. Rujuk link ini.
Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam
Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.
(Gambar) Sebahagian bangunan Universiti Rockefeller
Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.
Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology, The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.
Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.

Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust
Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.
Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.
Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

Kesimpulan

Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu, penulis terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.
Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.
Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.
sumber : http://rajacopypaste.blogspot.com/2010/04/disebalik-rahsia-1-mei-konspirasi-dunia.html
*sebenarnya kuffar telahpun mengkaji, merancang untuk menjatuhkan Islam. Musuh kita yang utama adalah mereka, tetapi ramainya umat Islam sekarang hanya sibuk bertelagah sesama sendiri tanpa menyedari musuh mereka yang sebenar sedang mengatur langkah untuk menghancurkan Islam.

Ayuh sama-sama sedar bahawa kita sebenarnya mahu melawan batil. Jangan bazir 'peluru' anda.
Author: Ahmad
•11:41 PM

Assalamualaikum w.r.t.
Kif hal? Moga sentiasa sihat sebagai hamba kpd Yang Maha Esa.

Baru-baru ini, penulis berpeluang melawat negara seberang. Banyak pengajaran yang diperolehi di sana. Melihat kegigihan rakyatnya di sini pun sudah menggambarkan bahawa mereka adalah rakyat yang berjiwa kental dan bersungguh-sungguh dalam kerja.

Penulis juga berpeluang menaiki kapal terbang. Alhamdulillah Allah timbulkan satu fikiran dalam hati penulis. Penulis terfikir tentang kapal terbang dan dakwah.

" Dakwah itu seperti kapal terbang?? " cetus hati kecil.

Saya berfikir mendalam mencari kaitan antara kapal terbang dan dakwah.
Dalam kapal terbang selalunya tiada apa-apa yang hendak kecuali tidur ataupun baca buku dan lain-lain. Sengaja penulis curi masa fikir.

Perkaitan: Kapal Terbang

Manusia di luar akan nampak kapal terbang bergerak terlalu perlahan lebih-lebih lagi mereka yang melihat dari jauh. Bahkan, penumpang yang duduk di dalam kapal terbang tersebut sendiri rasakan kapal terbang yang mereka naiki perlahan. Hasil dari pandangan ke luar. Manakan tidak, semuanya ditipu pandangannya kerana menilai dari jauh. Sebenarnya pemandu(pilot) kapal terbang itu sendiri yang mengetahui kelajuannya. Sangat laju tak terkalahkan Ferarri. Hanya kakitangan kapal tersebut yang mengetahui kelajuan kapal terbang tersebut. Orang yang arif tentang kapal terbang juga tak terkecuali. Tanyalah si pilot kelajuannya.

Perkaitan: Dakwah

Manusia yang tidak terlibat dalam dakwah akan melihat perkembangan dakwah ini sangat perlahan dari segi ahlinya mahupun programnya. Mereka hanya pandang dari jauh dan sebenarnya tidak bercampur pun dengan ashabu dakwah ni. Bahkan terkadang, orang-orang biasa yang mengikut program dan aktiviti dakwah tarbiyah juga akan merasakan perlahannya dakwah ni. Mahu selesaikan masalah aqidah sahaja sudah banyak program yang dijalankan. Belum termasuk bab-bab besar. Hasil pandangan mereka terhadap pertumbuhan dakwah tarbiyah yang dilalui dari dalam. Adapun juga yang sedar,
tidaklah seramai mereka yang tidak sedar.

Hakikat pertumbuhan dan pergerakan dakwah tarbiyah sebenarnya sukar ditafsir oleh manusia biasa. Hanya mereka yang terlibat dalam dakwah tarbiyah sendiri yang merasakan perkembangannya melaju. Samada dari segi pertambahan ahli mahupun timbunan program yang dirancang. Meraka rasakan semakin lama semakin bertambah manusia yang tertarik terhadap dakwah tarbiyah Islamiah. Mereka san
gat bersyukur atas janji yang Allah letakkan ini, bahawa Allah akan membantu mereka yang membantu agama-Nya.
" Masa depan adalah untuk agama ini. "
(Syed Qutb)


Sejenak Sirah Nabawiyah

Zaman Rasulullah juga sangat tepat dengan perkara ini. Orang kafir awalnya merasakan dakwah Islam ini takkan menjejaskan mereka kerana perkembangannya yang sangat perlahan ditambah ahlinya yang sangat sedikit dan tiada kuasa dan pengaruh besar terhadap masyarakat. Ada juga sahabat yang merasakan dakwah ini perlahan dan makin malap apabila dicampur tangan musyrikin. Ada juga yang meminta Rasulullah untuk berdoa akan kemenangan umat Musilimin. Muka Rasulullah merah padam menjawab permintaan sahabat itu. Umat terdahulu diseksa disikat dengan besi panas sehingga menembus urat dan tulang namun semua itu tidak memalingkan mereka dari Islam. Cahaya Islam ketika itu seakan tidak kelihatan.

“ dan orang-orang kafir sentiasa memerangi kamu sehingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu melakukannya (yang demikian itu). (Al-Baqarah:217).

Tetapi pemimpin dakwah ini, Rasulullah S.A.W sendiri merasakan perkembangan ini semakin positif. Bilangan orang Islam bertambah, mereka juga faham dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah. Mungkin ada yang menafsir bahawa dakwah awal Rasulullah di Mekah hanya mampu menarik hati beberapa orang sahaja ke dalam Islam. Tetapi binaan aqidah yang kukuh inilah sebenarnya yang menguatkan Islam itu sendiri. Bukan hanya sekadar bilangannya sahaja.
“ Jika kamu mendapat luka , maka sesungguhnya kaum Musyrik itupun mendapat luka seperti kamu. Dan demikianlah , kami pergilirkan hari-hari (menang dan kalah) antara manusia supaya Allah mengatahui orang yang benar-benar tetap iman mereka dan memilih antara kamu para Syuhada’. Dan Allah tidak suka kepada orang berlaku zalim.” ('Ali Imran:140)
Yakinlah saudaraku, walaupun dakwah ini dipandang rendah dan kelihatan seperti tidak menampakkan sinarnya, namun ia akan terus berjalan sehingga hari kiamat. Ia tidak bergantung pada bilangannya. Sesiapa yang tidak bersama, merekalah yang rugi. Mereka(manusia luar) tidak tahu bahawa sinar dakwah Islamiah ini semakin berkembang dan melaju. Mereka hanya menilai dari jauh. Tetapi mereka akan fahami dan ketahui apabila mereka bersama dengan dakwah. Islam juga menyambut baik kebersamaan mereka dengan dakwah ini. Dakwah ini untuk semua.

Kaitan yang sangat rapat antara kapal terbang dan dakwah. Amat menarik jika boleh diolah lagi, Moga bermanfaat.
Author: Ahmad
•1:17 AM


Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah, result SPM pun baru sahaja keluar. Ada yang mendapat kejayaan yang cemerlang dan ada juga yang kurang cemerlang. Namun itu semuanya ada hikmahnya. Bukanlah pengakhiran buat semuanya... Tahniah kepada mereka-mereka ya
ng cemerlang dan kurang cemerlang kerana mampu untuk menghadapi ujian dunia(pelajaran). Baru sahaja ujian dunia, belum ujian akhirat lagi...

Bagi mereka yang kuran berjaya, yakinlah bahawa perancangan Allah itu adalah yamg paling terbaik dan tiada sesiapa pun yang dapat menjangkakannya. Mungkin seseorang itu kurang cemerlang pada waktu sekarang, tetapi dirinya cemerlang sewaktu d
i universiti, kerja dan sebagainya. Bukanlah result ini 'the end of the world' tetapi sebenarnya satu permulaan untuk diri kita. Allah tidak akan zalimi hamba-Nya. Ada hikmah yang terlalu mendalam yang Allah tidak nampakkan dan manusia pun tidak sedar. Allah nilai proses/sistem bukan hasil.

sewaktu reunion alumni SPM 2010 di Seaview Resort, Jeram (22 Mac 2011).

Kali ini penulis mahu mengambil pendekatan tentang ‘nushwatun najah’ yang bermaksud berasa gembira/bangga apabila mendapat kejayaan. Ayuh rujuk kembali kepada sirah nabawiyah.. Peristiwa yang berlaku semasa baru sahaja selepas peristiwa Fathul Mekah. Ketika itu Rasulullah telah menghantar sahabatnya ke Taif untuk menghadapi tentera Musyrikin yang mahu menyerang Mekah ketika itu.

Ketika para sahabat yang berjumlah 12,000 itu sedang menuju ke Taif, perasaan menang di Mekah(Fathul Mekah) masih dirasai oleh mereka dan ada juga diantara mereka yang ‘over confident’ dan yakin akan terus maju kehadapan dengan mudah selepas ini. Terpukau dengan kejayaan-kejayaan sebelum ini. Maka ketika itu, tentera Musyrikin yang berjumlah lebih dari 20,000 sedang bersembunyi di sebalik bukit di Lembah Hunain(laluan antara Mekah dan Taif). Mereka mahu menyerang hendap tentera Muslimin yang ketika itu mungkin sedang leka berjalan. Tetapi belumpun satu per tiga perjalanan tentera Muslimin, tentera Musyrikin yang bersembunyi di sebalik batu itu terus menyerang hendap tentera Muslimin. Dengan jumlah yang melebihi tentera Muslimin ketika itu, amatlah mengejutkan para tentera Muslimin dengan serangan hendap yang tiada apa-apa persediaan ketika itu. Hinggakan Khalid Al-Walid jatuh dari kudanya! Lalu berpecah belahlah tentera Muslimin ketika itu. Namun kemudian Rasulullah mengumpulkan tentera Islam kembali. Peristiwa ini seolah-olah peristiwa yang sama dengan peristiwa di Uhud yang mana ada di kalangan tentera muslimin yang leka dengan harta rampasan ketika itu. Peristiwa kedua yang berulang kembali yang amat memberikan pengajaran kepada seluruh umat muslimin.

“ Sungguh, Allah telah menolong kamu(mukminin) di banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu tersa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang.”

-At-Taubah:25-


Inilah yang disebutkan sebagai ‘nushwatun najah’. Apabila kita leka dengan sesuatu atau berasa gembira dengan kejayaan hinggakan terlupa perkara-perkara lain. Istilah ini boleh dikaitkan dengan kita sekarang. Samada yang mendapat kejayaan dalam SPM(baru2 ini) ataupun sebagainya, maka perlulah kita ingat bahawa amal kita sepatutnya bertambah dan berterusan. Bukan makin berkurang akibat lalai dengan kejayaan yang mengaburi mata dunia sahaja. Jika amalnya sebelum ini selalu qiamullail, baca Al-Quran dsb akhirnya apabila mendapat kejayaan, maka semakin hari semakin berkurang amalnya. Bangun pagi sahaja sudah mendengar azan, Al-Quran pun tidak diselaknya lagi apatahlagi dibaca!! Bukan macam sebelum ini. Bangun pagi sahaja terus qiamullail untuk merebut waktu doa mustajab(doa SPM lah katakan). Al-Quran pun maintain setiap hari setengah juzuk...

Inilah yang banyak dialami oleh manusia sekarang. Apabila menerima kejayaan, maka dengan secara automatiknya amalnya pun makin berkurangan. Bukankah mereka yang mungkin tidak mendapat kejayaan dengan cemerlang lebih baik daripada mereka yang mendapat kejayaan cemerlang jika amal mereka yang tidak mendapat kejayaan cemerlang lebih banyak dan bertambah berbanding mereka yang berjaya cemerlang???

Cuba fikir kembali... Sesungguhnya umat-umat terdahulu amat berhati-hati dengan kejayaan mereka. Mereka memikirkan samada kejayaan itu satu anugerah ataupun sebagai satu ujian. Kita bagaimana pula???

Apa-apa pun, mabruk kepada mereka yang cemerlang dalam SPM. Tahniah kerana menjadi Muslim yang cemerlang dalam SPM. (doakan juga kepada yang tidak cemerlang..)

*ini juga satu peringatan yang sangat penting utk diri penulis..

Author: Ahmad
•6:05 AM

(gambar ni gambar lama, sebenarnya 87 tahun dah..)

Sedar tak sedar kita masih berdosa kerana mungkar terbesar[syariat Allah tak terlaksana di bumi(khilafah)] berlaku sejak 87 tahun yang lepas dan kini masih tak tertegak..

Masih ingat?? 3 Mac 1924?? Tarikh khilafah jatuh secara rasmi. Bagi mereka yang prihatin mungkin ingat..

Teringat penulis akan zaman khilafah baru sahaja jatuh, Hasan Al Banna melihat gelagat penuntut di Universiti Azhar ketika itu. Hasan Al Banna yang masih muda sempat dengan khilafah masih ada dan tak ada. Beliau tidak puas hati melihat penuntut di Universiti Azhar sambil meluahkan perasaannya di hadapan seorang ulama’. Penuntut di Universiti Azhar sebelum khilafah jatuh dan selepas khilafah jatuh, sama sahaja. Tak ada pun yang menampakkan kesungguhan untuk kembalikan semula khilafah. Itu Al Banna. Bagaimana pula dengan kita??

************************

Umat kini tenat. Umat ni parah. Umat perlukan penyelamat. Penyelamat yang membawa kepada kebenaran. Tidakkah kita tergolong dalam penyelamat itu?

Kalau kita belajar matematik mahupun matematik tambahan, kita akan lihat bahawa orang-orang barat telahpun membuat formula-formula untuk perkiraan matematik. Semuanya dimuatkan dalam buku matematik yang kita pelajari sekarang. Itu formula mereka. Formula untuk kiraan matematik. Anda punya formula? Apa formula anda untuk umat Islam?

Formula kebangkitan umat. Bukan formula-formula yang hanya berlegar di kolam fikiran, berputar sekitar teori. Tetapi formula yang dimahukan sekarang ialah formula kebangkitan! Formula anda takkan sampai jika anda sekadar duduk senang-senang di rumah, berhadapan komputer sahaja, malas nak keluar dan lain-lain. Semuanya itu takkan merealisasikan formula anda.

Apa ciri-ciri formula kita??

Formula yang hidup. Formula yang mengembang, Formula yang mengesani. Formula yang mempengaruhi. Formula yang membuat manusia tidak boleh duduk diam. Formula yang agung. Formula yang menggegar musuh. Formula yang berpijak pada bumi. Formula yang 'nafas panjang'.

Semuanya mahukan formula. Tapi tak semua formula yang menjadi. Kajilah jatuh bangun umat Islam dengan melihat pada sejarah Sirah Nabawiyah, Khilafah Islamiah, dan tokoh-tokoh Islam. Formula Rasulullah adalah formula terbaik berbanding banyak-banyak formula di dunia ni. Jangan hanya baca sejarah, tapi KAJI. Anda akan dapat formulanya.

*****************

Yang penting usaha, bukannya semata-mata nak merasa hasilnya. Kalau sempat lihat dan rasa tertegaknya khilafah, itu bonus untuk kita. Kalau tak sempat, itu juga bonus. Macamana? Fikirlah selalu…..

Author: Ahmad
•9:20 AM
Salam alaik.

Di sini penulis sediakan beberapa link untuk melihat gambar sekitar protes di Mesir. Kadang-kadang kita hanya mendengar cerita tetapi tidak tahu bagaimana suasana di sana. Kehadiran media di sana membantu kita untuk lebih memahami suasana di sana. Sama ada video atau gambar. Sesebuah gambar juga mempunyai seribu makna di sebaliknya. Kita juga risau dengan masa depan Islam di Mesir. Moga-moga pemerintah yang zalim akan menerima balasannya di dunia mahupun di akhirat. Sama ada diusir sendiri oleh rakyat ataupun meletak jawatan dalam keadaan yang sangat hina.

Seperti yang difahami dalam hadith Ar-Rasul berkaitan Sayyidul Syuhada ialah terbahagi kepada 2, iaitu Hamzah b Abd Mutalib dan seseorang yang mengatakan kepada pemimpin yang zalim," Engkau zalim." lalu dia dibunuh. Kedua-dua itu dinamakan Sayyidul Syuhada.

Author: Ahmad
•7:53 AM
Assalamualaikum w.r.t.
Kif hal?
Sama-sama kita syukuri nikmat sihat. Penulis pun baru-baru ini kurang sihat. Hilang nikmat solat berdiri akibat main bola. Alhamdulillah Allah ingatkan penulis dengan kafarah dosa ini.

Amacam cakna kita pada dunia Islam? Di mana-mana pun, di surau, pejabat, rumah, shopping kompleks, tandas, padang, kedai makan, masjid, semuanya tengah panas isu protes di Mesir. Semestinya ramai yang menyokong rakyat Mesir lantaran penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun lamanya. Ahli buruh Terusan Suez pun tidak mendapat manfaat dari laluan terpenting di dunia itu yang mengutip cukai berbilion dalam setahun. Yang miskin semakin miskin, yang kaya dan golongan kerajaan makin kaya membolot harta melimpah ruah dari hak rakyat.

Rentetan peristiwa serangan ke atas Gaza pada tahun 2008, mencelikkan mata dunia dengan penutupan tembok Rafah sebagai sempadan Palestin-Mesir. Rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim menutup sempadan Rafah. Ahli keluarga berpisah, bekalan ubatan tersekat, makanan tidak mencukupi dan segalanya. Siapa yang mahu tanggung semua itu? Jika kambing di bukit pun khalifah Umar bimbang akan hilang, inikan hak rakyat yang tidak tertunai! Memang sesuai rakyat mesir menggelarkan 'firaun terakhir' dengan perangai Hosni Mubarak itu. Rakyat mesir ibarat singa yang terlepas dari sangkarnya. Inilah satu-satunya peluang untuk menjatuhkan Mubarak. Rakyat sendiri yang melakukan revolusi. Inilah bantuan Allah Ta'ala.

Teringat penulis akan kata-kata ulama terkenal,
Yusuf Al-Qardhawi (1998) menegaskan , “ Perlu segera disedari, bahawa pemuda kebangkitan Islam adalah generasi termahal dan paling berharga yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Dalam khutbah Aidil Adha di Iskandariah, Mesir, beberapa tahun yang lalu, saya tegaskan kepada jemaah , “ Sesungguhnya yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan terusan Suez, tetapi para pemudanya.” Pemuda mukmin yang lurus merupakan potensi termahal dalam masyarakat. Mereka adalah kekayaan masyarakat yang sebenarnya, mereka tabungan masa depan ummah. Oleh kerana itu, sewajarnya kita memberi perhatian yang besar kepadanya. Jika anda meninggalkan mereka, maka dengan siapa lagi mereka mahu membangun dan memajukan ummah.”
Tidak hairanlah protes di mesir sebegitu rupa. Di mesir, pemudalah yang menggerakkan Islam itu sendiri di samping dipandu oleh syeikh-syeikh. Itu yang dirisaukan oleh kerajaan. Mereka takut revolusi dari para pemuda di mesir kerana mereka tahu mereka akan kalah.
Itu pemuda di mesir. Kita pula bagaimana?

Pemuda di Malaysia ini mudah sangat terpedaya dengan agenda barat. Mereka tiada agenda Islami. Mereka tidak sedar bahawa merekalah tonggak tanah air tercinta ini. Siapa lagi kalau bukan mereka??

Nun di mesir sana, pemuda telah melakukan perubahan yang sangat besar. Bukan merubah universiti, sekolah, persatuan, tetapi merubah pimpinan dengan hanya protes. Pemuda mereka mampu melakukan perubahan. Perubahan yang menjadikan Islam sebagai landasan pemerintahan. Ini adalah sejarah terbesar dalam abad ke-21.

Kita juga mampu melakukan perubahan kerana pemuda ini sebenarnya sinonim dengan perubahan. "Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan" kata- kata Anwar Ibrahim ketika telah dipecat pada tahun 1998 dan slogan reformasi dilaungkan untuk mengislah kerajaan atau menukar terus kepada kerajaan yang lebih baik. Tiada perjuangan tanpa risiko. Sesiapa yang tidak menghadapi risiko, dia sebenarnya tidak berjuang.


Kita bukan masih kebudak-budakan. Kita adalah pemuda. Kita punya pendirian sendiri. Tiada yang dapat menghalang kita melainkan Allah. Islam juga tidak menghalang kebebasan berfikir dan memberi pendapat. Mengapa mahu gentar? Jangan hanya mahu bersandar pada agenda orang lain lebih-lebih lagi barat. Kita ada agenda sendiri. Rasulullah juga mempunyai pendirian dan agenda tersendiri. Yang penting, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Lantangkan suaramu, menerobos sangkar jahiliyah, biar Islam mekar di muka bumi, ataupun kau terkorban di sini!
Related Posts with Thumbnails