Author: Ahmad
•4:20 PM
Alhamdulillah kita masih lagi dihidupkan buat ketika ini dan masih lagi berpeluang menatap risalah-risalah yang mampu mentajdidkan iman kita.. Semuanya kerana ‘kerja’ ini…

Sebenarnya apa yang penulis rasa sendiri, ialah ‘kerja’ ini bukanlah hanya kewajipan semata-mata. Melihat dunia kini, ramai yang sedang bekerja dengan ‘kerja’ ini walaupun dirintangi onak dan duri yang bukan semua mampu ditempuhinya. Namun ‘kerja’ ini telah menyedarkan penulis bahawa inilah tanda penulis bersyukur dengan Allah. Andaikata penulis tidak buat ‘kerja’ ini, maka tandanya penulis tidak bersyukur kepada-Nya. Betulkah itu?? Lihat sendirilah pada ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita untuk melakukan ‘kerja’ itu. Bila kita tidak melakukan apa yang Al-Quran suruh(Allah yang suruh), maka itulah tanda-tanda kita tidak bersyukur…

“ Katakanlah(Muhammad), “ Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” -Yusuf:108-

Nah, tidak mahu tidak kita mesti lakukan ‘kerja’ ini walaupun susah macamana pun, ilmu sedikit dan banyak lagi kekurangan-kekurangan. Teringat penulis akan satu kata-kata,
“ Itulah hati-hati yang tulus, yang tidak pernah memikirkan posisinya di jalan da’wah, di belakang atau di depan, selagi masih tetap berada di jalan itu, mereka tetap menyeru kepada Allah.”

Tidak kiralah sedikit mana pun sumbangan kita terhadap ‘kerja’ hatta sekecil biji sawi pun, asalkan ikhlas maka kita tetap berada di atas jalan-Nya. Walaupun ada yang merasakan dirinya terkebelakang, namun dirinya masih lagi di atas jalan yang lurus yang tidak mengira setinggi mana taraf manusia itu sekalipun tetapi yang paling penting ialah amal dan sumbangannya..

Namun, ramai juga mempersoalkan sama ada layak atau tidak layak dia melakukan ‘kerja’ ini.‘Kerja’ ini sebenarnya bukan mempersoalkan layak atau tidak layak seperti yang dikatakan oleh seorang ustaz, tetapi ia mempersoalkan adakah kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh kita melakukan ‘kerja’ ini? Kerana banyak ayat-ayat Allah yang mengatakan andaikata kita meninggalkan ‘kerja’ ini, binasalah kita. Jika kita gerun dengan ayat-ayat Allah yang menyuruh melakukan ‘kerja’ ini, maka wajiblah kita mencampakkan diri kita dalam ‘kerja’ ini. Masalah layak atau tidak layak itu sebenarnya mungkin ditimbulkan oleh individu yang mungkin masih ragu-ragu. Jika kita mungkin banyak kekurangan, maka tampunglah ia dengan sedaya mungkin. Allah tidak zalim. Sesiapa yang bersungguh untuk melakukan ‘kerja’ ini, maka Allah akan menolongnya. Jika ‘kerja’ ini berat dan tidak mampu ditampung oleh manusia, tidak mungkin Allah turunkan amanah ini pada manusia.. Yakinlah bahawa ‘kerja’ ini mampu ditampung oleh kita!!


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…..” -Al-Baqarah:286-

Inilah cara kita mengadaptasi syukur dalam kehidupan kita. Dengan apa?? Dengan ‘kerja’ ini.. Yakinlah bahawa sesiapa yang melakukan ‘kerja’ ini, maka tersangat beruntunglah dia kerana telah meletakkan dirinya dalam kerja-kerja umat terdahulu. Umat-umat terdahulu pun lakukan ‘kerja’ ini sehingga hari ini kita melihat kesan-kesannya. Apa kesannya?? Lihatlah pada diri anda sendiri.. Apa-apa kebaikan yang ada pada anda sendiri pun adalah hasil daripada mereka yang terdahulu.. Diri kita ini terbina bukanlah dengan usaha kita semata-mata, tetapi usaha ramai orang iaitu orang-orang terdahulu walaupun ada yang kita tidak mengenalinya namun itulah usaha mereka agar lahir pewaris-pewaris dakwah. Itulah kesannya yang ada pada diri kita.. Senang cerita, kesannya ialah kebaikan-kebaikan yang diamalkan sehingga hari ini oleh umat-umat ini..

Adaptasikan syukur anda!!

*
‘kerja’- da’wah

|
This entry was posted on 4:20 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails