Author: Ahmad
•11:41 PM

Assalamualaikum w.r.t.
Kif hal? Moga sentiasa sihat sebagai hamba kpd Yang Maha Esa.

Baru-baru ini, penulis berpeluang melawat negara seberang. Banyak pengajaran yang diperolehi di sana. Melihat kegigihan rakyatnya di sini pun sudah menggambarkan bahawa mereka adalah rakyat yang berjiwa kental dan bersungguh-sungguh dalam kerja.

Penulis juga berpeluang menaiki kapal terbang. Alhamdulillah Allah timbulkan satu fikiran dalam hati penulis. Penulis terfikir tentang kapal terbang dan dakwah.

" Dakwah itu seperti kapal terbang?? " cetus hati kecil.

Saya berfikir mendalam mencari kaitan antara kapal terbang dan dakwah.
Dalam kapal terbang selalunya tiada apa-apa yang hendak kecuali tidur ataupun baca buku dan lain-lain. Sengaja penulis curi masa fikir.

Perkaitan: Kapal Terbang

Manusia di luar akan nampak kapal terbang bergerak terlalu perlahan lebih-lebih lagi mereka yang melihat dari jauh. Bahkan, penumpang yang duduk di dalam kapal terbang tersebut sendiri rasakan kapal terbang yang mereka naiki perlahan. Hasil dari pandangan ke luar. Manakan tidak, semuanya ditipu pandangannya kerana menilai dari jauh. Sebenarnya pemandu(pilot) kapal terbang itu sendiri yang mengetahui kelajuannya. Sangat laju tak terkalahkan Ferarri. Hanya kakitangan kapal tersebut yang mengetahui kelajuan kapal terbang tersebut. Orang yang arif tentang kapal terbang juga tak terkecuali. Tanyalah si pilot kelajuannya.

Perkaitan: Dakwah

Manusia yang tidak terlibat dalam dakwah akan melihat perkembangan dakwah ini sangat perlahan dari segi ahlinya mahupun programnya. Mereka hanya pandang dari jauh dan sebenarnya tidak bercampur pun dengan ashabu dakwah ni. Bahkan terkadang, orang-orang biasa yang mengikut program dan aktiviti dakwah tarbiyah juga akan merasakan perlahannya dakwah ni. Mahu selesaikan masalah aqidah sahaja sudah banyak program yang dijalankan. Belum termasuk bab-bab besar. Hasil pandangan mereka terhadap pertumbuhan dakwah tarbiyah yang dilalui dari dalam. Adapun juga yang sedar,
tidaklah seramai mereka yang tidak sedar.

Hakikat pertumbuhan dan pergerakan dakwah tarbiyah sebenarnya sukar ditafsir oleh manusia biasa. Hanya mereka yang terlibat dalam dakwah tarbiyah sendiri yang merasakan perkembangannya melaju. Samada dari segi pertambahan ahli mahupun timbunan program yang dirancang. Meraka rasakan semakin lama semakin bertambah manusia yang tertarik terhadap dakwah tarbiyah Islamiah. Mereka san
gat bersyukur atas janji yang Allah letakkan ini, bahawa Allah akan membantu mereka yang membantu agama-Nya.
" Masa depan adalah untuk agama ini. "
(Syed Qutb)


Sejenak Sirah Nabawiyah

Zaman Rasulullah juga sangat tepat dengan perkara ini. Orang kafir awalnya merasakan dakwah Islam ini takkan menjejaskan mereka kerana perkembangannya yang sangat perlahan ditambah ahlinya yang sangat sedikit dan tiada kuasa dan pengaruh besar terhadap masyarakat. Ada juga sahabat yang merasakan dakwah ini perlahan dan makin malap apabila dicampur tangan musyrikin. Ada juga yang meminta Rasulullah untuk berdoa akan kemenangan umat Musilimin. Muka Rasulullah merah padam menjawab permintaan sahabat itu. Umat terdahulu diseksa disikat dengan besi panas sehingga menembus urat dan tulang namun semua itu tidak memalingkan mereka dari Islam. Cahaya Islam ketika itu seakan tidak kelihatan.

“ dan orang-orang kafir sentiasa memerangi kamu sehingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu melakukannya (yang demikian itu). (Al-Baqarah:217).

Tetapi pemimpin dakwah ini, Rasulullah S.A.W sendiri merasakan perkembangan ini semakin positif. Bilangan orang Islam bertambah, mereka juga faham dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah. Mungkin ada yang menafsir bahawa dakwah awal Rasulullah di Mekah hanya mampu menarik hati beberapa orang sahaja ke dalam Islam. Tetapi binaan aqidah yang kukuh inilah sebenarnya yang menguatkan Islam itu sendiri. Bukan hanya sekadar bilangannya sahaja.
“ Jika kamu mendapat luka , maka sesungguhnya kaum Musyrik itupun mendapat luka seperti kamu. Dan demikianlah , kami pergilirkan hari-hari (menang dan kalah) antara manusia supaya Allah mengatahui orang yang benar-benar tetap iman mereka dan memilih antara kamu para Syuhada’. Dan Allah tidak suka kepada orang berlaku zalim.” ('Ali Imran:140)
Yakinlah saudaraku, walaupun dakwah ini dipandang rendah dan kelihatan seperti tidak menampakkan sinarnya, namun ia akan terus berjalan sehingga hari kiamat. Ia tidak bergantung pada bilangannya. Sesiapa yang tidak bersama, merekalah yang rugi. Mereka(manusia luar) tidak tahu bahawa sinar dakwah Islamiah ini semakin berkembang dan melaju. Mereka hanya menilai dari jauh. Tetapi mereka akan fahami dan ketahui apabila mereka bersama dengan dakwah. Islam juga menyambut baik kebersamaan mereka dengan dakwah ini. Dakwah ini untuk semua.

Kaitan yang sangat rapat antara kapal terbang dan dakwah. Amat menarik jika boleh diolah lagi, Moga bermanfaat.
This entry was posted on 11:41 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On April 12, 2011 at 5:01 AM , .::: mr IQ :::. said...

Murobbi saya pernah berkata,
perjalanan dakwah ini amat jauh,
kita diibaratkan seorang pelari, yg ingin ke suatu tempat yang jauh,
jika kita pecut lari utk cepat sampai ke destinasi, nescaya tidak mampu sampai, kerna akan kepenatan di tengah2 jalan.
biarlah kita slow and steady, asalkan kita sedang menuju kearah itu...

ya, dakwah itu amatlah jauh... :) (sekadar perkongsian...)

 
On April 13, 2011 at 9:26 AM , Ahmad said...

Jazakallah atas perkongsian. walaupun kita dah rasa lama dlm dakwah, sebenarnya perjalanan kita dlm dakwah baru sahaja bermula seperti bayi yang merangkak. tidak jauh manapun.

Teringat di waktu ketika alBanna(muassis Ikhwan Muslimin) di waktu permulaan dakwahnya. Cawangan IM sudah berkembang di banyak tempat padahal hanya beberapa tahun. Ketika itu juga sebenarnya IM diharamkan di Mesir. Namun Allah jualah yang menggerakkan dakwah-Nya. Biarpun manusia di luar memandangnya tiada harapan, sebenarnya ia semakin mendapat tempat di hati2 yang ikhlas dalam berjuang. Dari sirah nabawiyah lagilah byk contoh yg boleh diambil.

Hasil kerjanya bukan sekarang, tapi setelah berlalu generasi demi generasi insyaAllah.

Doakan agar sama2 thabat.

 
On April 25, 2011 at 5:52 PM , Daeilallah said...

dakwah ibarat kapal terbang,nampak macam perlahan,tapi HAKIKATNYA laju....Jzkk sahabatku..Hanya satu cara kita akan berjaya,Iaitu menjadi Daeilallah...

 
On April 25, 2011 at 7:08 PM , Ahmad said...

waiyyak.

sebenarnya anta yg cetuskan kat ana pasal dakwah dan kapal terbang tu. jazakallah.

 
Related Posts with Thumbnails